apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.4.11

emel: penipuan demi penipuan! huh geram!

anda tentu ada emel, kan? baik gmail, ymail, yahoo.com.... semuanya... x ada banyak, satu mesti ada, betul tak? emel ni untuk apa? ntah? hehe.... untuk memudahkan kita menghubungi seseorang. tak gitu?
malah, dengan emel, seorang penulis tidak lagi perlu membungkus manuskrip untuk dihantar ke syarikat penerbitan, kan? cukup sekadar hantar melalui emel.... dan dalam tempoh 3 bulan lebih kurang..tu dia, sebuah karya bakal terhasil.

tapi dalam dunia ada berbagai jenis manusia. ada yang nak pedajal orang... melalui emel. kisah di bawah ini ialah satu daripada contoh-contoh manusia biadap yang nak dapat duit cara mudah.

KLANG: Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.
Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.
Dia yang cemas membuat laporan polis serta menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada wang dalam akuannya dipindahkan ke akaun lain.
Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan.
“Khuatir perkara itu, saya membuka pautan yang terdapat dalam e-mel terbabit dan memasukkan alamat e-mel dan kata laluan seperti diminta. Laman web itu sama dengan laman web rasmi bank berkenaan. Jadi, saya tidak mengesyaki apa-apa yang pelik pada laman web itu."
itulah kuasa emel. begitu mudah kita diperdaya. aku x mahu komen tentang ayu. mungkin kalau aku di tempat ayu pun, aku panik jugak. aku buat begitu jugak, siapa tahu.

tetapi, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk saling ingat mengingatkan.


1. emel emel ni selalu masuk spam box, kan. so just ignore them. memang kadang-kadang kita dikejutkan dengan duit juta-juta yang kononnya kita bakal dapat tapi, usah gelap mata. tak kan kaya kita tanpa kita berusaha, ingat tu!

2. kalau anda dapat emel seperti yang ayu dapat, jangan lupa! hubungi pihak bank. jangan telefon! pergi sendiri, jumpa pegawai bank tu secara 4 mata. tanya dia betul2. jangan pindahkan duit atau berikan nombor akaun walau melalui laman web rasmi kononnya. they are hackers. jadi, tentu bijak kepala otak diorang untuk buat seasli dan setulin mungkin semua website yang mereka tiru.

3. bincang. tanya orang. jangan buru-buru buat keputusan sendiri.

4. fikir! fikir! dan fikir!

okeylah... cukup ya. jumpa lagi!

2 ulasan:

  1. Jgn mudah percaya pada emel. Setiap hari ada emel fake Maybank yg masuk ke akaun emel saya. Saya call maybank utk pengesahan dan mrk akui dan memberitahu jgn melayani sbrg emel yg menyamar sbg Maybank. Tq to Maybank. Apa2 urusan saya berhubung terus dgn pegawai bank tersebut yg lebih mesra dan profesional. Anda berhati2lah.

    BalasPadam
  2. @mamawana
    mmg betul tu mama, hati2 dgn emel karut ni..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.