apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.4.11

di selangor sahaja ada suku juta anak tak sah taraf....

ramainya bilangan anak-anak h**** di selangor sahaja. mencecah suku juta. mak aiii.... kesiannya!!
SHAH ALAM: Jumlah kelahiran anak tidak sah iaitu hasil hubungan luar nikah yang direkodkan di Selangor sehingga 2008 ialah seramai 257,000 bayi, sekali gus memerlukan pembabitan semua pihak untuk menangani isu berkenaan.
tu sehingga 2008, tiga tahun dahulu. sekarang dah 2011 dah. tentu bilangan itu sudah bertambah. tuhan.... sedih dibuatnya.  tapi, dimanakah silapnya? 
Kita melihat keadaan ini berpunca daripada kurangnya pendidikan agama, pergaulan bebas, faktor berpakaian, pengaruh televisyen dan macam-macam lagi
siapakah yang dapat menafikan? ibubapa terlalu mengejar kebendaan. asyik sibuk 24 jam dan anak-anak terabai. mana sempat nak tengok dia mengaji agama ke tidak. sembahyang ke tidak. malahan, usah kata yang bekerja, ibu yang hanya suri rumah pun belum tentu dapat mendidik anak-anak dengan baik. marah bila aku cakap camtu? terserah... 

angka besar itu amat menakutkan jadi marilah kita masing-masing memperbetulkan seisi rumah kita bermula dengan diri kita sendiri. yang mana kurang, kita tambah. yang mana belum mantap, kita tambahbaikkan, yang mana degil, kita lembutkan, yang penting, kita dulu.... 
lebih mudah memperbaik kelemahan diri berbanding kelemahan orang lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.