apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.4.11

datok t mungkin....

dalam kosmo pagi ni....

KUALA LUMPUR - Trio 'Datuk T' mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip pemimpin sebuah parti pembangkang.
kenapa Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani menggunakan istilah "Mungkin?" sedangkan dia sendiri cakap bahawa kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan iaitu mengedar bahan lucah yang menjurus kepada penglibatan mereka. siap akan membawa kertas siasatan kes itu ke pejabat Peguam Negara, Khamis ini.
"Ada kemungkinan mereka akan didakwa kerana ia menjurus kepada pihak yang menayangkan video seks. Namun, ia bergantung kepada keputusan pejabat Peguam Negara," 
Tambahnya, masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam kertas siasatan itu.

haha...macam ada double standard la pulak, kan? cuba kalau rakyat biasa yang buat camtu? dah lama dah kena tahan reman, kan?
"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas siasatan) pada Khamis ini...sementara itu kami tunggu maklum balas daripada pihak yang menyediakan dua perkara yang tidak boleh didedahkan dahulu," 
Ditanya sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata:
"Polis tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka. Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku."
Pada 21 Mac lalu, video seks itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan oleh sekumpulan lelaki dikenali sebagai 'Datuk T' di Hotel Carcosa Seri Negara.

ntahlah... dah terang tapi masih bersuluh jua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.