apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.4.11

dalam botol jugak...

 Daniil Korotkikh
selepas hampir suku abad surat dan pesanan ini dimasukkan ke dalam botol dan dihanyutkan di Laut Baltik, akhirnya penulis ini, seorang budak lelaki berasal daripada Jerman menerima jawapannya. 
Daniil Korotkikh, seorang budak lelaki Rusia berusia 13 tahun sedang berjalan-jalan di tepi pantai dengan kedua-dua ibubapanya bila dia terpandang sesuatu berkilau-kilau di dalam pasir. selepas mengorek pasir tu, dia jumpalah botol yang ada pesanan berupa sepucuk surat...
"My name is Frank, and I'm five years old. My dad and I are traveling on a ship to Denmark. If you find this letter, please write back to me, and I will write back to you."
surat itu bertarikh 1987, siap ada alamat sekali. dan, budak yang menulis tu kini umurnya 29 tahun, masih hidup dan begitu gembira bila menerima berita yang suratnya dibaca seseorang.
"At first I didn't believe it," 
mereka dipertemukan buat pertama kali, awal bulan mac lalu melalui video internet. dan apa kata si penulis tu? Frank Uesbeck?
"He'll definitely get another letter from me," 

Uesbeck tersangatlah gembiranya kerana suratnya itu memberi kesan istimewa kepada Danil sehingga sanggup menghubunginya. dia amat terharu. 
"It's really a wonderful story," he said. "And who knows? Perhaps one day we will actually be able to arrange a meeting in person."

 agaknya kalau yang jumpa botol tu sorang wanita muda, rasa-rasanya boleh jatuh cinta, kan? hehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.