apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.4.11

cinta sejati,,,beauty and the beast

dulu.......

sekarang

dulu
\\

sekarang

dapat anda lihat perbezaan pada wajah lelaki itu? daripada seorang yang amat kacak menjadi seorang yang cacat dan hodoh. melihat mereka, aku teringat cerita 'beauty and the beast'. tak padan langsung, kan? 

itu kata kita, manusia yang lemah dan yang seharus dan sepatutnya memohon keampunan kepada Allah kerana memperkecilkan nikmatNya. Nauzubillah!

tapi....


wanita itu amat istimewa. "She is one in a billion".

cinta kepada kekasihnya tidak pernah luntur dan masih sanggup mengahwini kekasihnya selepas kekasihnya itu terlibat dalam satu kemalangan semasa bertugas dalam perang di Iraq. cintanya tidak berubah atau tergugat walaupun kekasihnya berubah wajah daripada kacak menjadi buruk dan hodoh.

kalau anda, apakah anda sanggup mengahwini kekasih anda yang sudah berubah wajah sebegitu? sanggup?adakah anda sanggup tidur sebantal dan bangun disampingnya yang muka macam monster sepanjang hayat? atau pun pada suatu malam anda sedang bermimpi dikejar hantu pocong tiba-tiba anda terjaga dari mimpi dan terkejut pula dengan muka suami yang menakutkan. adakah perasaan ghairah dan berahi anda akan terangsang dengan wajah begini?

semua jawapan hanya anda sahaja yang dapat menjawab.

adakah lagi wanita seperti ini ? kebanyakan yang dah kahwin pun lari meninggalkan suami yang baru sakit lumpuh atau yang bankrap selepas bisnes gulung tikar, belum lagi cacat teruk seperti ini. kan?

mungkinkah ini yang dinamakan cinta sejati?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.