apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.4.11

cinta.... apakah usia mempengaruhi hasrat cinta anda?



anda sedang duduk di kerusi anda, meja kerja anda bersepah-sepah dengan kertas itu ini...tetiba anda berasa diri seperti sedang diperhatikan. ketika wajah diangkat, mata anda bertentangan dengan sepasang mata milik si dia yang anda suka. hati bergetar lunak, senyum pasti menghiasi bibir. apakah itu permulaan kepada detik-detik percintaan anda dan dirinya? 


bagi anda yang pernah bercinta, anda pasti tahu bahawa dalam urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. rindu merindui, asyik terkenang malah nanar jika wajah kesayangan hilang daripada pandangan.

apakah cinta yang dikatakan tidak mengenal usia ini sama prosesnya bagi setiap orang? apakah cinta orang muda sama dengan cinta di usia matang, 40 an, misalnya? 

kata orang....

di usia 30-an

ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. tetapi malangnya, anda rasa yang anda selalu bertemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

anda juga akan berfikir dan tertanya-tanya soalan ini...
kenapalah susah sangat untuk bertemu dengan seseorang seperti yang aku idam-idamkan selama ini?
selain itu, anda akan memikirkan akibat buruk jika ditakdirkan anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok itu. anda jadi tidak yakin untuk menerima si dia dengan sepenuh hati. 

jangan! jangan berdolak dalih! semua itu hanya mainan perasaan. anda harus yakin dengan diri, pilihan dan cinta anda. untuk itu....
1. tentukan batas waktu

beri kekuatan kepada diri sendiri, dan tetapkan bilakah masa terbaik bagi anda menamatkan zaman bujang. cari masa sesuai untuk melamar pasangan. tiba masa yang telah anda tentukan itu, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam. 

2. fleksibel

setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza, oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya. apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian dan bukan berkelahi. 

di usia 40-an

biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

1. perbaiki keterampilan bercinta

apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. cari kelemahan diri dan cuba memperbaikinya. yang pasti, perubahan itu janganlah drastik. 

2. elak bercinta selepas cerai

bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.
untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:
adakah anda menganggap semua lelaki tidak berguna?atau adakah semua wanita materialistik?adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?
Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

3. hati-hati dengan buah hati

tiada masa untuk bercinta? luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul nanti.

sumber KOSMO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.