apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.4.11

bila cinta ada 6

Ahmad merasakan dirinya seperti sedang bermimpi. Mimpi yang indah, mimpi di mana hanya ada dia dan isterinya, Hani Faslah. Sungguh! Dia tidak mahu sedar. Dia tidak mahu jaga. Kerana, dia bahagia, bahagia sangat-sangat dengan layanan dan sikap Hani terhadapnya.

Ragu-ragu? Was-was? Argh, tak mahu difikirkan. Kalau beginilah tingkah Hani terhadapnya, mulai hari ini sehingga bila-bila, dia tidak akan memikirkan yang buruk-buruk lagi. Tidak, dia tidak akan berfikir yang negatif-negatif lagi.

Masakan hendak dibiar tidak bersambut, tangan yang Hani hulurkan kepadanya? Masakan hendak mengabaikannya? Tidak, tentu itu tidak akan dilakukan.

Kalau isterinya mahu memesrakan hubungan di antara mereka berdua, dia akan memberi respons yang baik. Dia akan cuba melupakan tuduhan Hani terhadap dirinya yang konon tamak inginkan harta wanita itu yang banyak. Tentu dia boleh berkompromi. Dan, kalau berpeluang, dia juga ingin mengeratkan hubungan di antara mereka berdua. Ingat dia tak penat ke melawan perasaan?

“Kenapa awak sikitpun tak tanya mengapa saya jadi baik dengan awak?”

Soalan Hani memintas lamunan. Ahmad merenung tajam wajah cantik yang sedang merenung tepat ke arahnya.

“Memang nak tanya tapi rasanya adalah lebih baik kalau awak yang bercerita. Awak yang tetiba berubah laku, kan?” ujarnya.

Hani tersenyum lawa. “Awak ni kan, kayulah... Tak romantis langsung!” usiknya.

Ahmad semakin tidak faham. Apakah kaitan di antara bersikap romantis dengan perubahan sikap isterinya? Aduh... tak boleh nak dikait-kaitkannya...

“Awak, cuba baca ni. Saya dapat tip ni daripada satu blog, tau.” Hani menghulurkan sekeping kertas yang sudah dicetak beberapa hari yang lepas, kepada suaminya.

Tip memupuk cinta suami isteri - Panduan pupuk cinta suami isteri

Ada beberapa perkara untuk mewujudkan penghargaan atau memberi cinta di antara suami isteri.

1. Gunakan pelbagai kesempatan untuk mengungkapkan kepadanya yang anda bersyukur sebab Tuhan memberikan anda dan dia hubungan sebagai suami atau isteri. Kehadiran si dia, sama ada anda ingin ataupun tidak, patut anda hargai. Dia begitu bernilai bagi anda, jadi  anda tunjukkanlah penghargaan melalui ucapan terima kasih, sentuhan lembut, tatapan sayang atau melakukan sesuatu yang disukainya.

Di sini berlaku prinsip:
Bermula dengan terima kasih, berakhir dengan menerima kasih.
Bermula dengan tidak tahu berterima kasih, berakhir dengan tidak ada kasih.
2. Bersikap lemah lembut. Perlakuan kasar bukan saja meninggalkan luka kepada penerima malah merobek penghargaan anda terhadapnya.

Prinsip yang berlaku di sini:
Semakin halus anda memperlakukan cinta pasangan anda, semakin bernilai dia di hadapan anda.
Semakin kasar anda memperlakukannya, semakin rendah dia di mata anda.
3. Perkara paling penting ialah utamakan kepentingan pasangan anda di atas kepentingan orang lain. Cinta terungkap dengan jelas dalam wadah perbandingan. Bagaimana anda memperlakukan pasangan anda dibandingkan dengan bagaimana anda memperlakukan orang lain.

Siapa atau apa yang anda dahulukan mencerminkan siapa atau apa yang penting bagi anda. Dalam hal ini, perbuatan berbicara jauh lebih keras dari ucapan. Jadi, ucapan cinta anda mesti didukung oleh perbuatan anda yang mendahulukannya dibanding orang lain.

Bila itu tidak terjadi, pasangan anda akan segera tahu sesungguhnya dia tidaklah sepenting yang anda katakan.

Prinsip yang berlaku di sini:
Mengorbankan kepentingan sendiri, itulah cinta.
Mengorbankan kepentingan pasangan anda, itu bererti anda menodai cintanya.
petikan dari blog: tip pupuk cinta suami isteri

Hani Faslah merapati suaminya. Menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia kemudian mencium lembut tangan Ahmad. Bersama air jernih yang menitis di pipi nan mulus dia bersuara, “Maafkan Hani, bang. Selama ni, mata Hani buta menilai abang. Hati Hani tuli dan sering menidakkan pendapat mama, papa dan arwah nenek. Bang, Hani tahu yang abang tahu, yang satu ketika dulu abang pernah dengar segala apa yang Hani tuduh abang buat. Sebab masa tu, memang Hani tahu abang ada di luar bilik dan sengaja menuduh. Tapi, Hani tak sangka yang abang sampai tak mahu ada apa-apa dengan Hani. Hani rasa tercabar, bang. Hani benci abang bila abang jauhkan diri daripada Hani. Walau tahu yang diri sendiri bersalah, ego menyebabkan Hani sombong dengan abang.”

“Hmm, memang Hani sombong. Sombong sangat dengan abang tapi kalau dengan orang luar, boleh pulak bertepuk tampar.” Sinis Ahmad menyindir.

Hani ketawa. “Actually, Hani saja aje nak buat abang jeles, tau. Dan, bila abang balik tak beritahu Hani, Hani tahu dan yakin yang Hani dah menang.”

Bulat mata Ahmad Zharfan memandang muka isterinya. “Tapi, lamanya masa yang Hani ambil untuk pujuk abang?” tukasnya.

Hani Faslah ketawa riang. “Orang malulah!”


Satu pengakuan yang mengundang tawa besar sang suami.

“You should know that to love is to hate. At first you think you hate somebody but then you realize that it is not hate, but love. Then again, when you think you love her/him, at the same time he does something that you hate.” Bisik Ahmad penuh romantis.

“Alah..janganlah cakap berbelit-belit, bang. Hani tak fahamlah.” Bisik Hani manja.

“Abang bercakap tentang kitalah, sayang.”

Hani menjungket kening. “Sayang?” tanya dia.

Ahmad ketawa mengangguk. “Ya... sayang. Kita berdua ni asyik bergaduh, kan, sayang? Ingatkan, kita gaduh tu sebab kita saling benci membenci antara satu sama lain. Tapi, sebenarnya, dalam diam, cinta hadir. Tengoklah... ada orang tu rindu sampai cari abang kat universiti. Agaknya, sunyi tak ada abang, ya?”

“Hmm, memang sunyi. Tapi sunyi tu buat Hani faham perasaan Hani. Yang, selama setahun, Hani dah terbiasa dengar suara abang, tengok gelagat abang, tahu apa abang buat...  Tanpa abang, Hani rindu.”

“Abang pun rindu sangat pada Hani. Tapi, maaflah, ego menghalang abang balik ke rumah dan pujuk Hani. Tapi, abang tak mahu ikut perasaan sangatlah. Setahun lamanya kita rugi, Hani. Kalau tidak, mungkin kita dah ada baby sekarang, kan?”

Ahmad ketawa melihat wajah isteri yang merona merah. Dia semakin mendekatkan dirinya kepada Hani. 


“Tadi Hani cakap abang tak romantis, kan? Sekarang ni, abang nak mintak izin pada Hani untuk membuktikan betapa romantisnya abang. Boleh tak?” bisiknya lembut di telinga isteri.

Hani tersenyum manis. Di dalam hati dia berasa amat bersyukur. Dia masih diberi peluang untuk melayari bahtera rumah tangga bersama lelaki ini. Tiba-tiba dia teringatkan arwah nenek. Tersenyum, hati melafazkan...


"Nenek, Hani dah jumpa cinta dalam diri Ahmad Zharfan. Terima kasih kerana nenek sungguh-sungguh mahu dia jadi suami Hani. Semoga Allah kekalkan hubungan kami ini sampai ke akhir hayat kami nanti, kan nek?"     

Sekian. 

6 ulasan:

  1. dah abis ker kak??
    ala skitnya... x puasla kak...

    BalasPadam
  2. best kak sofi..byk pgjran bleh diambil..siap ade tips umah tangga lg..;)

    BalasPadam
  3. hbs dh...
    clap3... :D

    BalasPadam
  4. dh hbis??
    knp ea mcm xpuas jer..hehe

    BalasPadam
  5. kalau di panjangkan lagik konflik mesti leh jadik novel nie kak ngeh ngeh ngeh...

    BalasPadam
  6. syoknya crite....tapi cepat sangat dah "sekian"

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.