Langkau ke kandungan utama

bila cinta ada 5

“You suka tak dengan cadangan I tadi tu, Fan?”

Ahmad Zharfan tidak mendengar soalan itu. Malah perhatiannya kini tidak lagi kepada teman setugas yang sedang berjalan di sampingnya. Seayu dan selembut cik Azimah di sebelah, sepasang mata tetap lebih tertarik kepada bayang-bayang yang mirip lentuk liuk seseorang yang amat dikenali. Seseorang yang sedang tunduk untuk mengambil sesuatu yang terjatuh daripada pegangan, barangkali.

Hati tertanya-tanya akan kehadiran isteri ke pusat pengajian itu. Ada ‘shooting’ ke? Kalau ada, mengapa kakitangan ataupun krew penggambaran tidak kelihatan? Kenapa wanita itu hanya bersendirian? Ataukah dia sedang bertemu janji? Dengan seorang lelaki? Sengaja bertujuan untuk menyakitkan hatinya? Ingin mencari jalan penyelesaian yang mudah agar hubungan mereka dapat diputuskan bila dirinya, Ahmad Zharfan, melihat kecurangan? Ataukah.....

Senyuman nakal menghiasi bibir serta merta. Hmm, inilah masa untuk dia membalas dendam. Membalas rasa sakit yang terbeban sejak kebelakangan. Lantas, dia segera berpaling memandang gadis di sisi.

“You boleh tolong I tak, Azimah?” soalnya lembut. Bikin cair hati gadis yang sedang direnung.

“For you? Anything..” jawab Azimah sambil melirik senyuman menggoda.

“You nampak tak perempuan yang pakai seluar panjang warna ungu kat sana tu?” Azimah menoleh dan sebaik terpandang sosok yang dimaksudkan, dia terus sahaja mengangguk. 

“Tu, isteri I. I rasa macam nak mainkan dia hari ini. I nak tengok sama ada dia cemburu atau tidak bila I jalan-jalan dan gelak-gelak dengan perempuan lain. Dan, perempuan lain tu, youlah. Jom, kita kenakan dia.”

Azimah ketawa melihat sikap Ahmad yang tetiba menjadi ceria. “Jangan nanti dia cakar muka I, sudah.” Usiknya.

Ahmad turut ikut gelak. “Takkanlah kot? Dia tu tak ada perasaan punya olang...” sendanya.

Sepasang mata bundar terpaku melihat gerangan yang sedang dicari. Lelaki itu langsung tidak nampak dirinya. Lelaki itu begitu gembira bergelak sakan dengan wanita cantik di sebelahnya. Tidak ada tanda-tanda sedih terpamer akibat berpisah dengannya.

Aduhai, rasa ingin sahaja berpatah balik meninggalkan pasangan sejoli itu. Tapi dia bukan datang untuk pulang dalam keadaan kecundang. Dia datang untuk berbincang. Walau wajah itu sangat bahagia dan tidak terkesan tanpa dirinya, dia tidak mahu tewas. Ahmad suaminya dan selagi mereka ialah pasangan suami isteri, Ahmad perlu menghormati ikatan pernikahan mereka ini.

Dia menanti pasangan itu melintasi dirinya dengan dada yang bergetar hebat. Wah, jelas, Ahmad begitu terpesona dengan wanita cantik itu sehingga tidak nampak dunia lainnya. Argh, lelaki itu harus disedarkan tentang kehadirannya di situ.    

“Abang...” Suara bergema manja. Sengaja menggunakan panggilan itu untuk memukau jiwa suami dan mengingatkan lelaki itu bahawa dia masih hidup.

Ahmad terpegun seketika. Abang? Wah, ini sudah bagus!

“Hani? Hani buat apa kat tempat kerja abang ni?” Ewah, lancar sahaja dia membalas. Macam dah biasa berabang – Hani pula.

“Fan, ni siapa?”

Eh, eh.. tetiba watak ketiga menyampuk. Kacau daun betul! Bikin hati panas, Hani Faslah menggumam. Namun, dia tetap tersenyum. Dan, siapa sangka, dia dengan gaya yang ‘possessive’ terus menarik suami mendekatinya lantas segera memeluk lengan Ahmad.

“I ni isteri Ahmad Zharfanlah. Dah setahun kami kahwin cuma selama ni I tak nak orang tahu. Tapi, sampai bila nak sorok kan, bang? Taknaklah ada yang sangka abang I ni masih bujang dan terus nak kebas dia. Nangis I gigit jari nanti.” Gurau Hani Faslah, tidak dipedulikan kening suami yang terjongket mendengar usikannya. Biarlah! Lelaki ini perlu tahu bahawa kongsi-kongsi, tak mainlah! Jangan cuba-cuba hendak mengorat gadis lain selagi dia masih ada.

“Hani buat apa kat sini?” Ahmad bertanya. Wajah sedikit serius kini.

“Nak ajak abang makan tengah hari dengan Hani. Abang tak sibuk, kan?”

Dahi Azimah berkerut. Hisy, perempuan ni sengaja hendak menunjuk-nunjuk. Geram dia tengok.

“Zimah, sorry, you. Isteri I dah merayu ni, tak bolehlah I nak menolak. Nanti kalau dia merajuk, susah pulak I nak pujuk.” Ahmad tersengih kepada Azimah yang sedang merenungnya. Membuat gadis itu kehampaan. Ingat nak terus berlakon lagi. Dapat jadi penyebab dua insan ini berkelahi, dapatlah dia memujuk Ahmad dengan caranya tapi nampak gaya Ahmad bukan main suka lagi bila isteri cakap itu ini. Sepasang mata bercahaya. Senyum pun tak lekang dari bibir.

Hai...melepaslah....

“Tak apa, Fan. Lain kali ajelah kita makan sama-sama. So, I cao dululah. Have a nice day, ya...”

Sebaik kelibat Azimah hilang daripada pandangan, wajah Ahmad yang girang terus berubah. Tangan Hani Faslah yang memeluk lengannya dirungkai. Wajah itu ditatap dalam-dalam bila dia bertanya, “Mimpi apa awak ni? Takkan datang sini sebab rindukan saya kot?”  

Hani Faslah melepaskan keluhan. “Dah lama awak tak balik ke rumah. Kenapa?” soalnya.

Ahmad diam, malas menjawab. Sengaja membiarkan isteri tertanya-tanya. Hati bengkekkk... macamlah tak tahu kenapa dia merajuk. Bukan hendak memujuk, tanya lagi! Haisy!

“Awak marah saya sebab saya tak pedulikan awak masa kita di Langkawi hari tu, kan? Sebab tu awak merajuk?”

Ahmad mendengus. “Huh, ingatkan tak faham-faham?” gumamnya.

Hani tersengih. “Faham tapi saja buat-buat tak faham.” Sengaja dia ingin mempermainkan perasaan Ahmad.

Bulat mata Ahmad mendengar jawapan itu. “Baguslah! Buatlah selalu!” marahnya.

“Memang nak buat selalu kalau ini respons yang saya dapat. Hmm, cemburu jugak awak ni, ya?” nakal si isteri mengusik suami. Sangkanya, Ahmad hendak menafikan tuduhannya bahawa lelaki itu cemburu namun pengakuan Ahmad buat hati jadi gentar.

“Habis, dah awak tu isteri saya, mahu tak cemburu? Soal hubungan dingin kita bukan penting tapi awak tu isteri saya. Mana boleh suka hati awak saja hendak bersenda gurau dengan kawan-kawan awak? Awak ingat saya ni tak ada perasaan?”

Jawapan itu buat Hani tersengih. Lengan suami dipaut. “Jadi, kita ni suami isterilah?”

Memang nak kena ni! Ada ke tanya soalan macam tu pada aku? Desis Ahmad dalam hatinya.

“Awak, saya dah nekad. Saya tak nak awak tinggalkan saya. Dua minggu awak lari ke rumah mak, hidup saya sunyi. Papa dengan mama pun nampak sedih aje maklum menantu yang suka gurau dengan diorang tak ada, kan? Awak, balik semula ke rumah kita, ya?”

Ahmad benar-benar keliru dengan perubahan sikap Hani. Setahun berumahtangga, inilah kali pertama gadis ini bercakap lembut-lembut dengannya. Sikapnya sungguh berbeza. Mengapa perubahan ini? Ada muslihat ke?  

Hatinya risau memikirkan kemungkinan-kemungkinan. Hani Faslah, baginya, ialah seorang wanita penuh agenda. Mungkinkah ada perancangan wanita ini yang dia tidak tahu?

Debar dalam dada bagaikan dipalu-palu.... 

Ulasan

  1. alamak ahamad2... x abis2 dgn sikap prejudis tu kat hani.. org amik langkap utk berbaik2 pun nk gak dijadikan isu... payah..

    BalasPadam
  2. Aduh, ape la mat ni.
    asyik fikir -ve ja
    x mustahil pn klau hani nk berubah kn

    BalasPadam
  3. hrp2 la diorg ni bebaik.
    x nak dah gadoh2 ni smua.

    BalasPadam
  4. alaaa mat npe berprasangke yg bukan2..
    ckup2 la prasangke 2..
    this is d time utk perbaiki hbgn korg lerr...
    grab d chance ler..haishh
    hani, truskn usaha anda tok mmbuatkn suami awk 2 tangkap lentok dgn awak..heheh

    BalasPadam
  5. @iffahnazifa
    ha'ah..x mustahilcuma ahmad je kena berubah

    BalasPadam
  6. @sha
    sokong cakap sha tu..chaiyok hani!

    BalasPadam
  7. ala Ahmad nape pikir yg bukan2...istri dah berubah..peluk jea Hani tu kuat2

    BalasPadam
  8. auwww melepas nak dapat Ahmad.. huhuhuhu...

    yang benar
    Azimah nama sebenar...ehehehe

    kikikiki perasan jap.... ada gak watak azimah tue ngeh ngeh ngeh...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…