Langkau ke kandungan utama

bila cinta ada 4

“Mak tak faham dengan kamu ni, Mat. Dah setahun kahwin tapi hubungan kamu dengan si Hani tu tak jugak baik-baik. Kamu ke hulu, dia ke hilir. Katanya, minggu lepas kamu pergi Langkawi. Nampak gaya, bukannya makin mendekatkan, tapi makin jauh pulak. Mak susah  hati ni, Mat. Kamu tak kesian pada mak?”

Ahmad merenung wajah ibunya dengan pandangan yang kosong. Tidak tahu apa yang perlu dijawab. Percutiannya dengan Hani minggu lepas memang gagal mengeratkan hubungan malah ia semakin merenggangkan... 

Masakan tidak! Hatinya dibakar rasa cemburu yang membuak-buak bila mendapati teman-teman pragawan dan pragawati isterinya turut bersama-sama berehat di pulau Langkawi. Dan, Hani Faslah langsung tidak menghiraukan dirinya. Sepanjang percutian, dia menjadi tunggul di bilik. Kerana tidak tahan, kerana marah dan geram, dia tinggalkan Hani dan pulang sendirian ke Kuala Lumpur. Kepada bapa mentua, dia menelefon memberitahu bahawa dia akan tinggal dan berulang ke tempat kerja daripada rumah ibubapanya yang lebih dekat untuk ke Uptown Damansara.

“Apa masalah kamu dengan Hani, Mat? Cuba kamu cerita dengan kami! Kami ni ayah dan emak kamu. Tengok keadaan kamu yang ada bini tapi macam tak ada bini, isk... geram jugak!” puan Noriah berkata lagi. Anak nan seorang yang terus sahaja membisu buat hati jadi walang.   

Ahmad Zharfan menarik nafas panjang. Hendak bercerita, ini hal rumah tangga. Walau tidak sempurna, tetap mengaibkannya jugak. Tapi, sampai bila hendak memendam rasa?

Pak Mail mencelah, “Mat, baik buruk, Hani tu isteri kamu. Tugas dan tanggungjawab seorang suami ialah menjadi pemimpin kepada isterinya. Kalau salah, ditegur. Kalau betul dipuji. Kalau kurang, ditampung. Bukan menjauhkan diri begini. Papa dengan mama kamu pun susah hati. Si Hani pun nampaknya banyak termenung sekarang ni.”

Wajah Ahmad merona merah. “Kenapa menung? Dia tentu seronok berjauhan dengan saya. Kalau saya tinggal kat rumah tu, mesti gaduh aje..” marahnya.

“Mat...Mat! Kamu ni dah tua, Mat oi. Umur kamu 33 tahun. Bukan budak kecik yang cantik kalau merajuk. Ni, kes merajuklah, ya?” teka si ibu.

“Tak ada maknanya saya nak merajuk dengan budak perasan bagus tu, mak!” sela Ahmad, mengundang tawa ibu dan ayah.

Dahi Ahmad berkerut-kerut. Lucukah kata-katanya tadi? Bukan main emak dan ayahnya ketawa. Kenapa?

“Bila agaknya kamu dengan Hani nak berbaik-baik, Mat? Ayah rasalah, kan, kamu berdua kena duduk berbincang dari hati ke hati. Kamu luahkan apa yang terbuku dalam hati kamu pada dia. Biar dia tahu apa yang kamu marahkan sangat pada dia. Dah setahun dah....takkan anggapan dia pada kamu langsung tak berubah?”

Giliran Ahmad untuk menghela nafas yang panjang. Sesungguhnya, tiada yang dirahsiakan daripada pengetahuan ayah dan ibu. Apa yang didengari lahir daripada keluhan pada bibir Hani Faslah suatu masa dahulu, berada dalam pengetahuan mereka. Itulah yang menjadi penyebab mengapa Hani tidak disentuh. Mengapa dia menjauhi isterinya. Namun dalam masa yang sama dia tidak mahu menceraikan gadis itu kerana itu adalah permintaan nenek. Kerana papa dan mama melarang keras.

“Tuduhan dia pada saya tu berat sangat, ayah. Dia tuduh saya nak rampas syarikat dia. Padahal, saya tak pedulipun harta dia yang banyak tu. Tu saya tak boleh terima. “ bantahnya.

“Sebab itu kamu kena berterus terang dengan Hani. Jangan biarkan diri terus-terusan mendendam isteri. Tak baik! Ayah rasa, kalau perkara ni kamu beritahu papa dengan mama kamu, tentu diorang dah boleh selesaikan masalah korang berdua ni.” Balas Pak Mail pula.

“Biarlah ayah. Kalau panjang jodoh kami, lamalah umur perkahwinan kami ni. Tapi, kalau takdirnya ia berakhir, tak ada apa yang harus saya kesalkan.” Ahmad menutup perbualan.

Hani Faslah resah di rumah. Sudah hampir dua minggu lelaki itu tidak pulang. Kamar tidur tetiba menjadi sunyi sepi. Kalau lelaki itu ada, sekurang-kurangnya ada juga suara walaupun hanya untuk berkelahi. Tanpa suara itu, tidurnya tidak lena. Dia tidak mampu melelapkan mata. Walau kini dia dapat baring di atas katil empuk miliknya, mimpinya asyik terganggu. Dia dihambat rasa bersalah terhadap seorang lelaki bergelar suami.

“Mama nak kamu cari dia di ofis dan mintak maaf.” Itu kata mamanya pagi tadi.

“Tapi, mama....kenapa Hani kena mintak maaf? Bukan Hani ada buat salah pada dia pun!” dia menafikan.

“Isteri yang baik tak akan menanti hingga bersalah baru hendak memohon ampun dan maaf. Lagipun, kamu tu memang dah banyak dosa dengan suami kamu si Ahmad tu. Memang kamu perlu mintak maaf pada dia.” Marah puan Nurul pula.

“Kenapalah kamu ni asyik menolak kehadiran si Ahmad tu, Hani? Apa kurangnya dia?” tanya papa, keras.

Ya, apakah kekurangan lelaki bernama Ahmad Zharfan itu? Entah! Selepas setahun, dia semakin buntu mencari. Lelaki itu kacak dan amat menjaga penampilan diri. Lelaki itu tidak pernah meninggalkan solat. Bukan jenis yang suka keluar malam menghabiskan masa di kelab-kelab malam. Semua itu bertentangan dengan dirinya. Dia yang selalu ‘clubbing’! Dia yang sering meninggalkan solat terutama ketika terlalu sibuk ‘rehearsal’. Ya, sebenarnya dirinyalah yang penuh dengan sifat mazmumah. Bukan lelaki itu.

Tanpa disedari. kereta yang dipandu sudah sampai di hadapan bangunan pejabat suami di Jalan Teknorati. Bangunan milik Lim Kok Wing, tersergam gagah di hadapannya. Ya, hari ini dia datang mencari suami. Tujuannya cuma satu. Ingin memohon maaf atas sikap buruknya dan juga ingin memulihkan ikatan di antara mereka berdua. Biar dia yang beralah. Biar dia yang memulakan. Biar dia saja yang menagih kasih. 

Biarkan.....

Ulasan

  1. Ok la tu hani
    Kne ada yg mengalah gak
    Klau dua2 keras kpla mmg x ke mana la

    BalasPadam
  2. next2 kak... tak sabar nk tau ape reaksi si amat bile hani datang mintak maaf kat dia...

    BalasPadam
  3. oh come on hani. pergi goda suami kamu! haish

    BalasPadam
  4. @iffahnazifa
    beetul tu, sorang kenalah beralah, kan?

    BalasPadam
  5. @miznza84
    hehe..entah ya..apa ahamd nak buat, kan?

    BalasPadam
  6. @hana_aniz
    iyalah kan...goda sama dia hehe

    BalasPadam
  7. cpt2 smbg kak...heheh
    xsbr nk tau reaksi amat...

    BalasPadam
  8. cepatlah sambung cik sofi....tak sabar ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…