Langkau ke kandungan utama

bila cinta ada 2

“Hani tak setuju. Hani tak nak kahwin. Hani tengah bina karier Hani, papa. Nama Hani sedang nak naik sekarang ni. Hani banyak terima tawaran sana sini. Takkan Hani nak lepaskan begitu saja semata-mata nak ikut cakap nenek?”

Ingatan kepada peristiwa setahun dahulu melayari anganan. Saat yang tidak boleh hendak dilupakan. Beban berat yang dilemparkan ke atas bahunya. Sakit! Ya, dia sakit hati bila nenek memilih dirinya untuk dijadikan isteri kepada seseorang yang langsung dia tidak kenal. Yang langsung dia tidak pernah dengar tentang keujudannya sebelum ini.

“Kamu ni kenapa, Hani? Kamu tak nampak ke yang nenek kamu tu tengah tenat? Nazak? Ini permintaan terakhir dia. Papa sendiri tak pernah bantah permintaan mak papa tu. Kamu pulak? Berani kamu nak bantah cakap dia?” suara Tuan Adnan melengking kuat. Tidak menyangka anak gadisnya begitu tegar melawan kehendak nenek sekaligus menentang kemahuannya sendiri.

“Papa, dia tu, lelaki yang papa nak jodohkan dengan Hani tu, anak Pak Mail. Pak Mail tu kan drebar nenek? Apa kelas Hani nak dijodohkan dengan anak drebar?”

Bulat mata tuan Adnan mendengar bicara sombong Hani Faslah, anak tunggalnya. Rasa-rasa, dia tidak pernah mendidik supaya anak ini boleh bercakap sesuka hati. Tidak juga pernah dia dan isterinya, Nurul Hayati mengajar anaknya bersikap bongkak dan berlagak. Sakitnya hati bila melihat dan mendengarnya hari ini.

Suara puan Nurul bergema lancar, “Mungkin sebab nenek nak ajar kamu supaya menghormati sesama manusia. Sebab itu dia pilih kamu di antara ramai cucu-cucu perempuannya untuk berkahwin dengan Ahmad.”

“Nama dia Ahmad?” Hani Faslah ketawa geli hati. Nama sahaja pun sudah tidak menyelerakan, orangnya pulak bagaimana agaknya? Uisy, habislah... entah-entah macam rupa suami heidi klum tak? Bisik hati.

Puan Nurul dan tuan Adnan saling berpandangan. Mereka kemudian menggeleng-gelengkan kepala. Tidak tahan melihat tingkah Hani yang semakin lancang mempertikai nama bakal suaminya.

“Untuk pengetahuan kamu, Hani, Ahmad tu satu nama yang baik, ya! Jangan kamu hendak memperlekehkan nama tu. Papa tak suka. Lagipun, nama bakal suami kamu tu Ahmad Zharfan. Dia memang anak driver nenek kamu tapi pelajarannya tinggi. Dia baru balik dari luar negeri. Dah bekerja di Tasmania tu selama setahun tapi dia balik juga ke sini sebab hendak memenuhi permintaan emak dan ayahnya. Toksahlah kamu hendak berlagak dengan kerjaya jadi pragawati tu sebab nak dibandingkan dengan si Ahmad yang ada PhD, sebenarnya, kamu tu tak layak untuk dia. Tapi, dia akur mengikut kehendak nenek kamu kerana dia menghormatinya. Jadi, kalau orang luar boleh hormatkan nenek kamu tu, serta patuh pada kehendaknya, kenapa kamu, cucu kesayangan nenek, tak boleh buat macam tu?”

Argh , benci!!....

Sejak Ahmad Zharfan wujud, dirinya tak pernah tenang. Dirinya tidak lagi menjadi anak gadis kesayangan papa dan mamanya. Tiap kali mereka bertengkar, dia akan dipersalahkan. Selama setahun berumahtangga, dia merasakan nafasnya sesak. Hidupnya penuh sekatan. Itu tak boleh, ini tak boleh! Banyak benar larangan lelaki itu yang terpaksa dia akur.

“Saya tak kisah kalau awak tak dapat nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri pada saya. Yang tu, saya faham sebab saya pun bukannya suka sangat nak kahwin dengan awak ni. Tapi, di luar, di mata orang, awak tu tetap isteri yang mesti patuh kepada seorang suami. Kalau awak tunjuk perangai keras kepala awak tu, buat sombong dan memberontak, awak bukan saja memalukan saya tapi membusukkan nama papa dan mama serta nenek. Itu, saya tak boleh terima.”

Masih terngiang-ngiang kata-kata kasr lelaki itu kepadanya di malam pertama mereka. Malam yang sepatutnya dilayari dengan indah namun terjadi sebaliknya. Ahmad Zharfan begitu telus dengan pendiriannya. Begitu keras memberi pandangan dan arahan yang mana harus diikuti dan yang mana tidak. Dia tidak diberi ruang untuk mencelah dan mengelak. Dia tidak diberi ruang untuk melawan. Malam itu juga, buat pertama kali, dirinya tidur di atas sofa dan lelaki itu? Huh....begitu selesa menguasai sepenuhnya katil empuk yang sepatutnya menjadi peraduan mereka bersama.

Mengapa? Mengapa mereka harus berkahwin? Dan, yang paling dia tidak faham ialah, mengapa Ahmad berkahwin dengannya tetapi tidak pula berusaha untuk merebut hatinya? Tidak berusaha untuk jatuh cinta kepadanya? Lelaki itu tetap sombong, dan sentiasa menyibukkan diri dengan kerja, kerja, kerja. Dirinya tidak dipeduli. Dirinya tidak bererti. Mengapa?

“Saya dah kemas beg saya. Awak hanya perlu kemaskan beg awak saja.” Sapa Ahmad yang entah bila memasuki bilik.

Hani Faslah menjeling tajam. “Kenapa tak kemaskan beg saya sekali?” tanya dia.

Wajah Ahmad mencuka melihatnya. “Sepatutnya, siapa yang kemaskan beg siapa, hah? Dah setahun kahwin tapi perangai sombong tu sikitpun tak luak. Ingat, Hani, saya ni masih suami awak dan rasanya akan kekal jadi suami awak sebab semua orang mahukan begitu. Belajar-belajarlah menerima hakikat yang awak tu isteri orang. Belajar-belajarlah menerima hakikat yang awak tu, walaupun seorang yang terkenal di mata masyarakat, tapi kalau suami tak reda, satu hari, hidup awak tu tak akan bahagia. Jangan ingat awak tu dah terkenal, awak boleh menyombong dengan suami, tahu!” bentak Ahmad.

Hani Faslah terkesima. Kata-kata kesat itu membuat dia tertegun. Pandangan tajam sepasang mata Ahmad Zharfan membuat dia berasa lemah. Uisy, kenapa pulak? Dia bukan wanita yang tewas. Tidak! Tidak!

Ulasan

  1. best citer!!!! tp pendek sangat kak sofi...!!!! next plz..........

    BalasPadam
  2. tergamam hani bile ahmad kluarkn kenyataan mcm tu.. rasa2nya mesti lepas ni hani akan tunduk dgn ahmad... suka2...

    BalasPadam
  3. Uish, bkn main sombong lg si hani
    Neway, best
    Next kak..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…