apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

10.4.11

bila cinta ada

“Mat, awak tolong bawakkan beg saya ni masuk ke dalam!”

Ahmad yang sedang membersihkan cermin tingkap kereta mewah Tuan Adnan, segera mengangguk lalu bergerak menuju ke kereta Audi milik Hani Faslah.

“Awak nampak penat sangat tu. Matapun sembab aje.” Sempat pula dia menegur gadis ayu itu.

Hani Faslah memuncungkan bibir. Sepasang mata menjeling geram pada lelaki muda itu.  

“Sejak bila awak ambil berat tentang saya?” tanya dia, kasar.

Langkah kaki Ahmad terhenti. Dia berpaling, merenung wajah mulus itu. tajam menikam renungan itu.

“Aik, cakap macam gitupun tak boleh ke?” soal dia pula.

Hani Faslah mendengus. “Hey, lain kali kalau saya dengar lagi awak sibuk-sibuk nak jaga tepi kain saya, siap awak! Saya baling awak dengan tapak kasut saya ni! Busy body! Menyampah!”

Dengan wajah mencuka, Hani Faslah merengus lalu terus memasuki rumah. Dia masih merungut-rungut tidak puas hati di dalam sana.

“Eleh, berlagaknya? Mentang-mentang dia tu model terkenal, perasan cantik. Piirahhh…. Banyak lagi perempuan Melayu yang cantik, manis, tetapi sopan dan lemah lembut, Hani Faslah oi. Setakat macam kau tu, aku pun tak heranlah!” Ahmad merungut sendirian. Pintu kereta gadis ranggi itu dihempas dengan kuat sebaik dia sudah mengeluarkan beg pakaian. Dia lalu membawa masuk beg itu ke dalam rumah.

“Letak aje beg itu di tepi sofa, Mat. Kamu dah minum?” Tanya puan Nurul lembut.

Ahmad menguntum senyum dengan payah kepada si ibu yang sedang merenunginya. “Tak apa. Kalau saya dahaga nanti, saya minum di dapur, dengan mak Dah.” Ujarnya.

“Tak payah ke dapur. Duduk situ. Ada perkara yang kita semua kena bincang ni.” Suara tegas Tuan Adnan kedengaran. Dia sedang menuruni anak tangga.

Hati Hani Faslah mula berdebar. Amat faham bila suara ayah menjadi setegas itu. Tentu apa yang ingin dibicarakan adalah tentang dirinya dengan....

“Argh, malaslah nak bincang apa-apa, papa. Orang penat ni.” Dia cuba memberontak dengan bangun, seolah-olah ingin naik ke biliknya yang terletak di tingkat dua, dalam rumah agam yang sudah berusia 30 tahun itu.

“Duduk, Hani! Jangan nak lari!” bagai halilintar suara tuan Adnan mengejutkan semua yang ada. Terkesima, Hani Faslah segera duduk. Satu jelingan maut dihadiahkan kepada Ahmad yang bersahaja menatap wajahnya.

‘Benci! Benci! Benci! Aku benci betul pada dia ni! Kenapalah dia harus wujud dalam hidup aku ni? Kenapa?’

“Dah berapa lama korang berdua, kami nikahkan?”

Soalan daripada tuan Adnan membuat dada anak-anak muda di hadapannya berdebar. Masing-masing saling berpandangan. Dahi kedua-duanya berkerut-kerut.

“Tengoklah tu, papanya... sama aje perangai budak dua orang ni. Bila mereka kahwin? Malah tarikh kahwin pun boleh lupa. Hisy, tak patut betul.” Gumam puan Nurul kerana dia berasa sakit hati melihat tingkah anak dan menantu di hadapannya ini. Lupakah mereka bahawa mereka sebenarnya ialah pasangan suami isteri yang tidak lama lagi bakal menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama? Soal hati.

“Soalnya, papa dan mama sayang, kami kahwin bukan atas dasar cinta. Yang nenek pi buat wasiat suruh orang kahwin dengan anak drebar dia, fasal apa? Dia sayang sangat pada lelaki tu, kenapa pulak orang dijadikan mangsa? Kenapa paksa orang kahwin jugak-jugak dengan dia ni?” Hani Faslah sudah naik angin. Membicarakan soal dirinya yang terpaksa nikah dengan lelaki di hadapannya ini, memang sesuatu yang sangat-sangat membuat dia jadi emo. Garang gitu!

Mahunya tidak! Dia anak orang kaya dan ternama. Ahmad tu siapa? Dia cantik, putih melepak, bergaya...model terkenal lagi... Ahmad siapa? Huh, mereka dari dua dunia berbeza tapi... si Ahmad tu, reda aje bila disuruh mengahwininya. Yalah... orang gila harta, katakan... bisik hati yang hitam.

“Baru sekarang nak mengungkit? Mengapa tak menolak bila nenek awak suruh? Semuanya sebab sikap tamak awak tu, kan? Takut sangat harta tu jatuh ke tangan sepupu sepapat awak, betul tak? Tamak punya pasal, sanggup kena kahwin dengan saya!” Ahmad membalas. Kalau nasi tak dingin, lauk pun tak hangat, kalau engkau tak ingin, aku lagilah... berkali-kali tak minat! Hati berpantun dua kerat.

“Sudah! Jangan nak kelahi lagi. Semua kisah tu dah lepas. Dah tak perlu dikenang-kenang. Yang penting, sekarang ni, kita nak bincang tentang masa depan korang berdua. Apa kesudahannya kalau begini? Sorang ke utara, sorang ke selatan. Sorang dalam rumah, sorang di luar. Bila baru kamu berdua ni sedar yang kamu buatlah apapun, diri kamu sebenarnya dah terikat dan ikatan itu tak boleh dileraikan. Perkahwinan bukan untuk sehari dua, malah sehingga ke akhir hayat. Macam mana nenek berharap agar kamu kekal dalam perkahwinan ini, begitu jugak papa dengan mama. Kami reject permohonan kamu berdua yang nak berpisah.”

“Tapi...”

Tuan Adnan mengoyak dua sampul surat yang sudah hampir seminggu dalam simpanannya. Surat-surat daripada pasangan suami isteri itu yang mahu berpisah. Dia tidak mahu melayan kehendak mereka. Baginya, sikap pasangan itu terlalu ke anak-anakan. Bagi dirinya, dia harus memaksa pasangan muda ini untuk menghargai diri masing-masing. Juga, menghargai rumah tangga yang dibina.

“Papa mahu kamu berdua pergi berbulan madu.”

“Apa?”

Ahmad dan Hani Faslah saling berpandangan.

“Ahmad Zharfan, papa nak kamu bawak bini kamu pergi bercuti ke Langkawi. Papa dah booked hotel di Tanjung Rhu. Tanjung Rhu Resort. Penginapan 3 hari 2 malam. Everything on me.”

Ahmad mengeluh. ‘3 hari 2 malam dengan perempuan beku ni? Argh, malangnya nasib!’
..............................

12 ulasan:

  1. aik...ni novel ke cerpen..kalo cerpen np tergantung...

    BalasPadam
  2. permulaan yg best..
    ada sambungan lg ye kak sofi?

    BalasPadam
  3. Best
    Intro yg menarik
    Smbg lg kak..:)

    BalasPadam
  4. err..ad smbungan,kan?
    cm tnya sbb sllu klu smbg, ad no.
    ni xde, so, trtnya2... :D

    BalasPadam
  5. cepat sambung kak sofi....!! menaik citer ni, x sabar nk tau kesahnya....

    BalasPadam
  6. @Ad_dEen
    no cerpen yang dibuat sambil2 buat keje lain hehe.... teruskan membaca

    BalasPadam
  7. @Anonymous
    ada sambungannya... baca lagi naaa

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.