apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.4.11

betulkah bilangan guru sains maths berlebih-lebih?

tahukah anda bahawa ada seramai 26,000 guru opsyen Matematik dan Sains terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara?

aku yang jadi cikgu ni pun tak tahu. tak ambil tahu? mungkin jugak! tapi pembongkaran maklumat yang belum disahkan ini memang mengejutkan. menurut sumber itu lagi, lambakan serius membabitkan 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik itu menyebabkan mereka yang diarah mengajar opsyen lain tidak dapat menjayakan tugas dengan penuh semangat.

pulak? kenapa x ada semangat? jadi cikgu jugak, kan? baca ni...

“Ada antara mereka hilang motivasi diri dan begitu emosi untuk meneruskan kerjaya murni itu. Guru terbabit mengakui, pada peringkat awal bersemangat mendidik pelajar untuk lulus cemerlang Sains dan Matematik. Namun, selepas lima tahun mengajar subjek lain, mereka lemah semangat dan terpaksa melupakan cita-cita untuk bergelar guru Sains dan Matematik berwibawa,” 
aw, selepas 5 tahun baru nak fed up? habis tu, dalam tempoh lima tahun ni macam manakah cara guru-guru muda ini mengajar? lepas batuk kat tangga aje ke? 

setahu akulah kan, kalau seorang guru itu sudah mengajar sesuatu subjek yang bukan opsyennya selama 5 tahun, subjek yang diajar itu adalah opsyennya yang baru. tak kiralah kalau kat U belajar matematik tapi kini setelah 5 tahun ajar sivik maka sivik sudah dikira sebagai opsyennya. tak gitu? jadi, tak timbullah soal lemah semangat ke hapa!
Dalam pada itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian perlu memanfaatkan lebihan guru itu untuk memperkasakan subjek Sains dan Matematik kepada pelajar luar bandar dan pedalaman dengan menghantar mereka ke sana. 
ewah, pandai dia bercakap? tak sedarkah dia berapa kerat guru baru yang manja2 ni yang ingin ke pedalaman? tidakkah sedar betapa demi tidak mahu ke kampung dan tempat tersorok dalam malaysia, ramai guru perempuan yang memilih untuk bernikah agar arahan pertukaran itu terbatal dengan sendirinya. tak baca paper ke? 

Seorang pelajar Pendidikan Matematik Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohd Rafiz Raymond, 20, berkata beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai lebihan guru bagi subjek berkenaan. 
“Saya terkejut dengan perkembangan itu kerana selama ini kami mendapat maklumat subjek Sains dan Matematik adalah mata pelajaran kritikal yang memerlukan lebih tenaga pengajar,”  
owhh, aku tak heran pasai ni sebab diorang kat kementerian tu bukan buat homework pun. sekarang ni cikgu sivik melambak-lambak. lepas tu hantar posting ke sekolah yang sama sampai dua tiga orang. kat sekolah aku, guru ekonomi asas, perdagangan dah sampai kena tukar sekolah sebab dah melimpah ruah. ada yang ajar pj. ada yang ajar maths, malah ada yang ajar subjek moral, tak kecoh pun??

Pelajar Pendidikan Perakaunan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI, Raindy Andurah, 19, pula berkata beliau memilih matematik sebagai kursus pilihan kerana sepanjang pengetahuannya subjek itu memerlukan lebih ramai guru. 

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr Zakaria Kasa, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai lebihan guru untuk dua subjek berkenaan. Sehubungan itu, katanya UPSI sudah meminta pelajar jurusan itu bertukar opsyen antaranya kepada Sejarah atau Kemahiran Hidup yang memerlukan lebih ramai tenaga pengajar. 
“Mungkin pada masa depan mata pelajaran Kemahiran Hidup dipertingkatkan sukatannya dan mempunyai pendidikan reka bentuk kontemporari." 

2 ulasan:

  1. Di KL, ada juga dgr2 berlaku lebihan guru. sy bg keadaan di sek sy (sek ren).. guru ada 28 org, murid 290, kelas 12.. dikatakan lebihan guru sains. hanya seorg guru sains shj diperlukan.. cuba bayangkan guru sains bkenaan kena ajar 12 kelas sains... dh ler subjek kritikal, sorg je diperlukan.. tk ke meroyan cikgu tu nk ajar?? dh mengajar kelas exam pun dh terasa beban tugas semakin btambah, inikan pula 12 kelas sains utk seorg guru... kena minta nazir kpm turun mengajar kt sek baru blh faham masalah cikgu kt sek....

    BalasPadam
  2. Anonymous, pend di m'sia.. menakutkn skrg...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.