Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan dua kelonggaran kenaikan pangkat dan tempoh latihan yang dipendekkan kepada bekas anggota tentera yang men...

BEKAS ASKAR, SILA BACA!

By April 18, 2011

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberikan dua kelonggaran kenaikan pangkat dan tempoh latihan yang dipendekkan kepada bekas anggota tentera yang menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dua kelonggaran itu diberi untuk menarik lebih ramai bekas anggota tentera menyertai pasukan polis.

Dua kelonggaran itu ialah:

1. tempoh latihan yang dipendekkan kepada hanya tiga bulan berbanding pelatih lain yang perlu menjalani latihan antara enam hingga sembilan bulan

dan

2. untuk bekas anggota tentera berpangkat sarjan pula layak diberi kenaikan pangkat daripada konstabel kepada sarjan selepas disahkan jawatan dan lulus peperiksaan khas undang-undang rendah jabatan.

"Ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan supaya bekas-bekas tentera dapat menyumbangkan tenaga untuk sama-sama mencegah jenayah, menjaga keselamatan dan ketenteraman negara,"

elok juga tu... daripada jadi penganggur, kan...lebih baik jadi polis. gunakanlah sepenuhnya apa yang sudah diperolehi masa jadi askar untuk di terapkan dalam perkhidmatan polis pula.

selamat bertugas.

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.