Langkau ke kandungan utama

ANDAINYA LELAKI TAHU...

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi
lelaki itu adalah segalanya di hatinya.  

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah, tetapi
dia sedang mencari kekuatan untuk
terus tabah menyintai lelaki itu.  

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang
dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat
dan menyayangi lelaki itu.  
Lihat saja pasangan yang baru bercinta,
mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.  

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi
dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.  

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi
dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi
dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap
anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.  
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.  

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata
dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi
cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.  

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud
dia tidak menyintai tetapi
dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui
bahasa tubuhnya.  

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu
akan sentiasa bermain di mata.  

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana
dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang
kamulah yang terbaik di hatinya.  
Selagi dia dengan kamu,
percayalah,
walaupun perempuan menganggap
masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi
di hatinya, kamu tetap yang terbaik.  

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi
dia mahu melihat sejauh mana
lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.  
Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya
dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.  

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud
menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya
sebentar saja.  
Apabila dia kembali tenang, percayalah
dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional. Tapi
dialah yang paling menyayangi anda
dan
sangat sensitif dengan
perubahan pada diri anda.  

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan
lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi
sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.  

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.  
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi
dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.  

Jadi
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana
dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi
dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

by: MY Baby Store

terimakasih adikku anum. anda selalu saja punya artikel yang menarik untuk kita kongsikan bersama-sama. bacalah wahai lelaki. semoga anda lebih menghargai kami, selepas ini...

Ulasan

  1. betul 2,wahai lelaki anta perlu bace ini..maaf sy copy dlu untuk rujukan pada diri sndiri...
    hihihihi

    BalasPadam
  2. yeah, andai lelaki tahu!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…