Follow Us @soratemplates

2.4.11

aku dah konpius dah. korang?

dah baca entri aku ni? kalau belum, kena baca dulu n3 tu sebelum baca entri yang ini. kenapa? sebab takut nanti tak faham aku cakap apa? baca sini...

hari ini timbalan menteri pelajaran dah buat satu kenyataan lain yang bercanggah dengan apa yang aku baca dalam berita harian dan kemudiannya aku masukkan ke blog. bercanggah sama sekali. katanya...


KUALA LUMPUR: Lambakan 26,000 guru opsyen Sains dan Matematik di seluruh negara bukan membabitkan guru yang sedang berkhidmat, sebaliknya pendidik yang belum memperoleh penempatan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi. Katanya, ramai graduan opsyen subjek itu di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta belum memperoleh penempatan berikutan lebihan penawaran guru di seluruh negara.
“Kita sukar menempatkan mereka kerana pengambilan guru mengikut unjuran diputuskan Jawatankuasa Bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Kita mengguna pakai unjuran itu untuk penempatan graduan mengikut keperluan semasa sesebuah sekolah,” 
dah faham? hehe... aku tak faham. kalau lambakan itu benarpbenar ada dan berlaku, mengapa masih ada unjuran untuk subjek-subjek itu.. kang, kalau aku kata orang kat kpm tak buat homework, ada yang melenting tapi hakikatnya itulah.... kan? kan?

baca lagi.....

Semalam, akhbar ini menyiarkan laporan mengenai 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara, sekali gus gagal menjayakan tugas dengan penuh semangat. 

Mohd Puad turut mendedahkan ada graduan dalam opsyen Sains dan Matematik menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana sukar memperoleh penempatan termasuk ada yang menunggu sehingga setahun, tetapi kementerian sukar mempertimbangkan permohonan mereka kerana dibimbangi menyumbang lambakan guru untuk dua subjek berkenaan. 

aku tak tahulah apa nak jadi dengan menteri ke timbalan menteri ke.... benda yang sah-sah nyata tapi kenyataan berputar belit. tak faham.... apa yang disembunyikan sebenarnya? 

entahlah....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.