apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.4.11

aku cinta dia, tapi....

Bagaimana jika ditakdirkan anda jatuh cinta dengan insan berlainan agama? pernah memikirkan tentang itu? lebih-lebih lagi jika dia seorang yang sangat penyayang, caring, memiliki kesempurnaan fizikal malangnya dia seorang penganut agama kristian yang tegar. 

mungkin anda akan bilang... ooo, tak apa! nanti i boleh tarik dia masuk islam. alhamdulillah! tentu semua orang islam berbangga dengan sikap anda. kenapa?
ISLAM adalah agama yang benar dan berbentuk dakwah. Islam meletakkan tanggungjawab dakwah kepada umatnya. Ini penting dalam menyebarkan kebenaran dan memandu kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat. Hasrat anda untuk memperkenalkan Islam kepada orang lain sangat bertepatan dengan ajaran Islam. Bagaimanapun, Islam tidak memaksa penganut agama lain untuk memeluk Islam.  Apa yang penting ialah memperkenalkan dasar pokok Islam, iaitu sistem kepercayaan dan syariah. Penerimaan kepada syahadah sangat penting dalam Islam.
tetapi, terbukakah minda si dia? apakah dia sudi menghayati agama islam? itu adalah persoalan penting buat anda. jangan lupa! kristian adalah juga agama missionary, agama dakwah. silap haribulan, anda yang terjerumus menjadi kristian! 


Nauzubillah!!
“Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman itu lebih baik daripada wanita musyrik, sekalipun ia menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan wanita Islam) dengan lelaki musyrik sebelum mereka beriman. Dan sesungguhnya seseorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” 
(Surah al-Baqarah ayat 221) 

semoga anda yang ingin bercinta dengan mereka yang berlainan agama mengambil sedikit masa untuk menghayati ayat 221 surah al-baqarah di atas. 

cinta buta? 

tidak... anda yang membutakan mata, hati dan minda untuk berfikir sebaik-baiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.