Langkau ke kandungan utama

Ahmad dan Muhamad. masih ingat pada mereka?

MEREKA dilahirkan 13 tahun lalu sebagai kembar siam.
Ahmad dan Muhammad bercantum dari dada hingga ke punggung
serta berkongsi usus besar, hati, abdomen dan tulang pelvik
selain sepasang kaki dan dua buah zakar.

Keadaan itu tidak pernah disesali oleh ibu mereka, Asiah Kanda serta bapa, Rosli Abdul Rahim. Walaupun air mata sering menitis memikirkan masa depan, namun Asiah dan Rosli tetap tenang dan tabah membelai, melayani dan menguruskan keperluan anak-anak kembar siam itu. Namun tuhan mengerti kesusahan mereka. Tanpa diduga, pada 2002, Putera Mahkota Arab Saudi ketika itu, Putera Abdullah menawarkan pembedahan pemisahan mereka di negara itu.

Selepas pembedahan 22 jam 45 minit pada 17 September 2002, akhirnya Ahmad dan Muhammad dipisahkan.
Pembedahan diketuai Dr. Abdullah Abdulaziz Al-Rabeeah yang kini Menteri Kesihatan Arab Saudi. Beliau bersama sepasukan 17 pakar bedah, sembilan jururawat dan 15 pakar sokongan terdiri daripada pelbagai bidang dan pegawai perubatan. Ketika itu, berita mengenai pembedahan pemisahan mereka dengan kos RM1.7 juta ditaja oleh Putera Abdullah (sekarang Raja Arab Saudi) mendapat liputan meluas di negara ini.

Kini, mereka telah berusia 13 tahun. Dan, selepas sembilan tahun dipisahkan, mereka menjalani kehidupan harian seperti mana kanak-kanak lain termasuk bersekolah dan bermain. Mereka juga bermain permainan komputer, melayari Internet dan bersukan.

Bezanya, Ahmad selesa menggunakan tongkat manakala Ahmad berkaki palsu.

Kembar yang dilahirkan pada 23 April 1998 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu sedang bersekolah di Subang Jaya, Selangor.


Ketika ada insan normal tidak bersyukur, Ahmad dan Muhammad menjadikan kekurangan diri sebagai kekuatan mengejar kejayaan dalam hidup khususnya dalam pelajaran. Mereka mahu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang lain.

Ulasan

  1. bgusnye..terima kasih ingtkan ttg kisah ini.bleh jdikan teladan untuk kit ayg normal ni... ;p

    BalasPadam
  2. Kekurangan diri bkn penghalang utk mencapai k'jayaan dlm hidup. Malahan, kdg2 mrka ini lbh menghargai sgla kurniaan b'banding insan yg lbih smpurna.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…