apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.4.11

ada orang gila di brickfield - bangsar? hati-hati!!!

sejak 2 mac, 2011, sudah seramai lapan murid tahun enam termasuk empat murid perempuan, seorang wanita melayu dan rakannya, seorang wanita cina (guru) dan sepasang pelancong daripada perancis dibaling cecair dipercayai asid oleh seorang lelaki bermotosikal hingga cedera pada muka dan badan.


Suspek yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dikatakan melarikan diri sebaik melempar bungkusan plastik cecair itu kepada mangsa.

ni apa kes ni? korang takut ke tidak? takut, kan nak lalu di jalan tu? anda jalan kaki pun kena, anda naik kereta pun kena! pendek kata, si mania ni akan sentiiasa ambil peluang mencederakan sesiapa yang dia pilih. 

dah dapat tangkap ke belum dia ni? ya allah, polis... cepat-cepatlah tangkap dia, ek! bahaya manusia ni! gila kut!
“Nanah keluar dari puting payudara saya sejak hari kejadian dan kini baru luka itu mulai kering,” 
cerita salah seorang mangsa, seorang guru dikenali sebagai Ng, 25. dia disimbah pada 26 Mac lalu. pada hari kejadian kira-kira jam 7 pagi, dia yang sedang melalui kawasan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Vivekanda di Brickfields, di sini, tiba-tiba dibaling sejenis cecair oleh seorang lelaki bermotosikal tidak dikenali hingga mengalami kecederaan parah di dada. 
“Saya tidak dapat mengecam suspek kerana diserang dari belakang hingga membuatkan saya tidak dapat tidur pada waktu malam selain takut apabila mendengar bunyi motosikal."
trauma? maunya tidak? tentulah takut setakut-takutnya, kan? jahat betul manusia ni? kenapa dia buat begitu? marahkan siapa? marahkan apa? patut bila dah tangkap, baling cecair yang sama ke seluruh anggota tubuhnya pulak. biar dia rasa bagaimana sakitnya dilempar asid itu. hmm....

anda baca sini untuk lebih lanjut...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.