Langkau ke kandungan utama

yang harus anda lakukan untuk kebahagiaan rumah tangga anda

salam...

aku nak bagi beberapa amalan yang harus kita sama-sama buat untuk kebahagiaan rumah tangga. iyalah..di zaman ini, godaan datang dari setiap penjuru. jadi, kalau kita dapat memperkemaskan ikatan kita dan suami atau isteri masing-masing, insyaallah, bahagialah rumah tangga kita tu . kalau tidak, berpisah akhirnya....

1, eratkan hubungan suami isteri
persefahaman dan bertolak ansur merupakan petua terpenting yang harus kita amalkan. jangan menjawab bila suami naik hantu. dan suami pula, jangan ego bila isteri menegur. beralah, dan mengaku salah adalah amalan mereka yang perkahwinannya kekal lama. mungkin ayah ibu kita merupakan contoh terbaik.

2. sikap saling memahami
kalau isteri suka baca novel, suami jangan perlekeh. kalau x mahu beli novel untuknya pun, sekurang-kurangnya semasa dia asyik membaca, anda tengok-tengokkanlah anak. begitu juga dengan isteri. kalau suami suka memancing ikan, janganlah merungut dan marah-marah. dia pancing ikan bukan pancing orang, kan?

3. berterus terang dan bersikap terbuka
kalau ada rasa tak puas hati, atau ada perbuatan suami/isteri yang tak disukai, habaq mai...jangan pendam. pendam tu yang payah, sat gi meletuppp...fuhhh..jadi letusan karakatoa pulak...luahkan sahaja apa yang anda rasa. mungkin suami/isteri tak terima dan marah pada masa tu, tak apa.nanti bila kepala otaknya dah boleh berfikir secara rasional...everything will be fine.

4. hargai pasangan
belajar-belajarlah menjadi insan yang sedikit romantis wahai kaum adam. berilah bunga ke, coklat ke bila tiba hari jadi isteri. kalau dia masak sedap sikit daripada biasa, pujilah. ni, kalau kat ofis, kawan perempuan pakai lain sikit, mulut ringan aje memuji sedangkan itu bukan sewajarnya di lakukan. so... lebih baik puji bini dapat gak pahala...hehe

5. jangan lalai memberi perhatian
ni khas untuk kaum hawa. orang perempuan ni bila anak dah banyak..dia lupa. anak jadi keutamaan sampai, bau badan pun dah bau bedak johnson. itu pun nasib baik. kalau bau hancing, camne? anda perlu ingat wahai hawa iaitu, semakin seorang lelaki itu berusia, dia semakin memerlukan perhatian isterinya. dia pun nak manja-manja dengan anda. tu sebab, bila anda terleka, dia temui cinta baru. gadis yang lembut, bibir manis mengukir senyum untuknya dan perhatian yang sudah anda abaikan. dia pening, anda suruh cari panadol sendiri... susah sangat ke nak tolong cari dan bawa air suam untuk suami makan ubat? susah sangat ke nak duduk sat kat tepi dia, picit dahi, picit kepala? tentu tidak, kan?

6. saling menghormati
tolong jangan perlekeh suami terutama kalau isteri lebih berpangkat. kena ingatlah bahawa anda berjawatan tinggi di pejabat, di rumah, anda masih sorang isteri yang perlu mentaati suami. gaji anda beribu-riban pun, dia tetap suami, lelaki yang anda sudah berjanji untuk menyerahkan jiwa dan raga selagi dia dan kata-katanya berlandaskan islam.

7. sesuaikan diri dengan rakan taulan pasangan
anda kena pandai bergaul. maksudnya di sini, mesti menjaga air muka suami di hadapan kengkawannya.

8. saling percaya
jangan cemburu buta tapi janganlah letak sepenuh kepercayaan pulak. adakan juga ruang untuk berwaspada. kalau ada yang terkesan di mata, tanya dan lihat anak matanya. anda akan tahu bila dia berdusta

9. anak sebagai pengikat kasih sayang
tak dinafikan, rumah tangga lebih ceria dengan gelak tangis anak-anak. tapi, bagi yang belum ada anak tu, teruskan berusaha dan meminta kepadaNYA. jangan anak dijadikan alasan untuk kahwin lain.

semoga artikel ini dapat membantu membahagiakan rumah tangga anda

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…