Langkau ke kandungan utama

VIP, wang dan gadis IPTA/IPTS yang cantik. dosa tolak ke tepi, ya??

dah banyak dah kita dengar tentang penglibatan pelajar-pelajar ipta dan ipts dengan skandal. macam-macam ada... melacur pun ya, dan jadi 'social escort' pun baru terdedah dalam metro hari ini.

kerja senang, duit banyak, sekali dapat beribu, gadis muda mana yang tak hendak? 

rupa-rupanya, banyak di kalangan VIP kat malaysia ni yang berperangai teruk, kan? mereka inilah yang menghamburkan duit mereka yang banyak tu sehingga menggelapkan mata hati bebudak perempuan ini. sehingga tidak takut pada janji Allah....SYURGA DAN NERAKA.

kadang-kadang, rasa kasihan juga pada perempuan yang mudah terpedaya ini. masalah kewangan kerana zaman ini memang zaman susah, barang semua naik harga, gaji kecil, mak bapak nak menyara anak-anak terpaksa pekin....pekin tu jimat, ya..

ya, masalah kewangan keluarga adalah punca kepada terjebaknya golongan ini ke lembah maksiat. bila lelaki hidung belang offer duit bebanyak, tentulah gelap mata. 
saya tidak perlu menyerahkan tubuh kepada VIP yang ditemani tetapi hanya perlu berdiri di sisi mereka ketika berjudi, kononnya untuk memberi tuah.
mula-mula, memanglah tak payah serah tubuh. lama-lama? jadi peneman berjudi dapat rm3000...sekali buaya tu cakap dia bagi rm10 ribu untuk tidur dengan dia? boleh tolak ke? 

ni cerita malisa;
"saya dibawa rakan ke sebuah negara jiran sebelum ditemukan seorang lelaki bergelar Datuk di sebuah hotel bertaraf lima bintang di sana. Kami dilayan seperti puteri kerana segala perbelanjaan, seperti tiket penerbangan, penginapan, makan dan minum dibiaya Datuk itu bersama tiga lagi rakannya. Pada waktu malam, kami dibawa ke sebuah kasino di sana dan saya hanya perlu duduk di sisi Datuk berkenaan sambil berharap kehadiran saya benar-benar memberikan tuah kepadanya, selain bertepuk tangan jika menang. nasib menyebelahi saya pada malam itu apabila Datuk yang ditemani menang dalam perjudian dan hasilnya, saya diberi upah sebanyak RM1,500. sejak itu, saya semakin seronok melakukan aktiviti itu dan saya juga sudah mampu melakukannya bersendirian tanpa perlu mengajak rakan kerana sudah dikenali di kalangan VIP.” 
sedih, kan? sedih... 

banyak yang dah rosak akhlak hanya kerana wang. aku sering membayangkan perasaan ibu dan ayah anak-anak gadis ini seandainya mereka tahu aktiviti tersebut. 

sedihkah atau banggakah? ataukah duit yang anak-anak mereka kirim ke kampung berjaya menutup mulut, menulikan telinga dan membutakan mata dan hati mereka? 


Ulasan

  1. mmg sede...
    bkn camni care nk hidup senang...
    harap2 sye x mudah terjerumus..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…