Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Hari ini, di malaysia, antara berita yang menarik perhatian aku ialah tentang sikap seorang tua, berumur 63 tahun yang sanggup menipu untuk ...

tua kutuk nak mam... tapi tak sedar diri...kesian, kesiann...

By Mac 14, 2011

Hari ini, di malaysia, antara berita yang menarik perhatian aku ialah tentang sikap seorang tua, berumur 63 tahun yang sanggup menipu untuk menagih cinta seorang remaja berusia belasan tahun. dia seorang penoreh getah, mengaku handsome, umur 30 an dan memberitahu dia seorang pegawai bank. begitu murah hati kerana selalu masukkan kredit 'top up' untuk budak perempuan tu malah sering masukkan duit dalam akaun untuk gadis belasan tahun itu berbelanja. 

“Beberapa minggu lalu, kami membuat keputusan untuk berjumpa di stesen bas. Sebaik saya tiba, lelaki itu bersama rakannya membawa saya ke Thailand untuk bernikah. Selepas empat hari bernikah saya berasa tidak sedap hati sebelum meluahkan hasrat tidak puas hati terhadap perkahwinan dan minta berpisah. Saya bingung bagaimana proses pernikahan itu berlaku dan kerana tidak puas hati saya membuat laporan di Balai Polis Kulim kerana rasa tertipu dan mungkin dipukau."
kasihan, kan? tapi... betulkah dia dipukau? 

umur 63 tahun bukanlah usia muda. kata seorang ustaz dalam satu majils ilmu, umur umat muhammad tidak panjang...bersedialah untuk 'pulang' bila sudah menjangkau 50 tahun. tapi..kalau dah 63 masih juga membuat kemungkaran....mak??? tak takut mati ke? 

kalau anda nak baca kisah 'cinta mengarut' ini silalah masuk ke sini.

sofi: rasa kasihan dan sedih.... risau dan marah tapi kepada siapa? hmm...





You Might Also Like

1 comments

  1. lelaki iblis memang macam tu..sanggup menduakan Allah untuk penuhi nafsu dunia.
    kesian budak perempuan tu...semoga gadis/wanita di luar sana dilindungi Allah selalu..berhati2lah dengan sihir cinta/pukau ni..ramai yg terkena..lelaki pun ada terkena especially dengan pendatang luar sana..hanya nakkan duit..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.