apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.3.11

tsunami di jepun

lama tak masukkan berita-berita semasa. hehe... begitulah... xpe...aku nak berubah dan x mahu jadi terlebih sentimental dah...

kepada anda yang memberi komen penuh semangat, terima kasih banyak-banyak... betul kata anda, jangan bersedih, dan mesti selalu pandang ke hadapan... chaiyok!

berita paling menggemparkan tentulah kisah gempa bumi dan kesan tsunami di jepun yang terburuk sejak 1900. teknologi canggih negara maju itu, tetap tidak DAPAT menandingi kekuasaan Yang Maha berkuasa iaitu ALLAH. my very deep condolence to all the victims and to all japanese in fact. 

anda nak tengok video kemusnahan timur-laut jepun? banyak kat internet ni, google aje. 

ni, aku beri satu laman web bernama google response. kat sini, berita terkini dan segala pencarian tentang tsunami mudah anda perolehi. malah, jika anda ada adik beradik kat sana, ada disediakan satu ruangan untuk anda... tapi saja apa atau siapa yang anda cari kat sini. 

marilah memohon agar semuanya akan segera pulih. walau tanda amaran bukan berkisar di sekitar jepun sahaja malah sudah merebak ke amerika termasuk hawaii, rusia, taiwan dan lain-lain negara termasuk juga malaysia, berdoalah agar ALLAH melimpahkan rahmat dan melindungi kita semua. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.