Langkau ke kandungan utama

tinggalkan aje suami yang suka pukul anda. boleh gitu?

terpanggil membaca DCCK pada hari ahad lepas, aku tergamam membaca tulisan puan farahazwani ini. 
"KADANG kala saya naik meluat dengan perangai sesetengah wanita yang tak habis-habis menangisi masalah keluarga. Ada kata suami ada kekasih, suami berpoligami, tak kurang juga yang kena dera secara mental dan fizikal. Semuanya masalah hati dan perasaan. Semua masalah disebabkan ada pihak berasa agihan kasih sayang tidak adil, campur tangan orang ketiga, ditipu suami, keadilan memikul tanggungjawab yang terletak dibahu wanita sahaja. Peliknya walaupun perasaan mereka dilukai namun masih ramai wanita takut bertindak mempertahankan diri! Mengapa ini terjadi?'' 
bila aku membaca frasa di atas, maka hati ini pun bertanya... salahkah kalau seorang perempuan menangisi takdir malangnya? salahkah kalau seorang perempuan bersedih bila suami berpaling cinta? salahkah seorang perempuan menangis jika hati dan perasaan mereka dilukai? 

mengapa kita berkahwin? adakah hanya untuk keseronokan seks atau apa? setahu aku, kita kahwin kerana itu fitrah manusia. antara lelaki dan perempuan memang sudah tercipta naluri untuk saling sayang-menyayangi justeru bila salah satu pihak berubah hati, wajarlah perasaan hampa dan kecewa itu hadir dalam diri yang teraniaya. kan? 
''Namun yang buat saya terkilan bila ada isteri dan anak-anak jadi mangsa keganasan suami-suami yang berpoligami. Saya sedih sangat lihat masih ada isteri yang sanggup pertahankan badannya dipukul dan dihina kerana sayangkan suami. Wahai isteri, tolonglah jangan tunggu sampai anda dan anak-anak cacat baru hendak dapatkan pertolongan."
lelaki yang suka pukul isteri ni, tak semestinya yang berpoligami, kan?  
''Kalau suami yang anda harapkan menjadi pelindung sudah mula angkat kaki tangan memukul anda dan anak-anak untuk melepaskan kemarahannya, jangan bermimpi yang anda dan anak-anak selamat hidup dengannya. Tak payah tunggu! sila angkat kaki!"
cakap memang senang, kan? cuba anda berada di tempat wanita itu. ketakutan, kesedihan, emosi... nak jaga hati sendiri, hati anak-anak, hati kaum keluarga... 

memang benar, kebahagiaan diri perlu diutamakan tapi..sampaikah hati berpisah sekiranya anak-anak masih memerlukan ayahnya? 

apa yang aku merepek ni? owhh... ini respons aku kepada dcck tu. baca sini untuk lebih memahami, ya. 

maaf... aku terlebih emo




Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…