apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

27.3.11

teman lelaki dibenci keluarga. gadis dalam dilema.

ingat lagi pada entri ini? cinta wanita dan kasih ibu? aku masukkan just after tengah malam semalam. darinya, aku dapat respon di bawah.... betapa teman lelaki tidak diterima keluarga dan si gadis kini di dalam dilema.
huhu.. tpikan ckgu sofi in case of kalo kluarga pompuan lak yg x bley trma laki tu cmne.. ape yg perlu pompuan tu buat.. kdg2 kta kena taat kat parents but dlm masa yg sma kita nk jgak crik kebhgiaan kta..cmne tu? tlg jwbkan.. hehe.. dlm dilema ni..
aku bukan kaunselor, jauh sekali seorang yang pandai menasihati tetapi aku menulis berdasarkan pengalaman dan penglihatan. juga, pembacaan.

rata-rata anak gadis merasakan bahawa mereka dan ibu tidak sebegitu hebat hubungannya berbanding seorang lelaki dengan ibunya. memang benar seorang lelaki harus mengutamakan ibunya berbanding isteri. alqamah hampir akan dibakar (atas perintah rasulullah saw) hanya kerana melebihkan isteri dan melukakan hati ibunya. baca sini. 

tapi, perempuan? jangan sekali-kali anda berfikir bahawa soal jodoh, hak memilih di tangan anda. jangan sekali-kali anda merasakan bahawa bila ibu bapa menentang hubungan anda dan lelaki idaman, mereka tidak berhak. jangan sekali-kali berkata bahawa bahagia hak anda, mereka tidak boleh menentukan masa depan anda. dalam bahasa mudahnya, jangan sekali-kali melawan cakap ayah dan ibu hanya kerana cinta dan kasih anda kepada si dia.

aku tertarik kepada bait-bait indah ini:
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”
tidak ada ibu bapa yang mahukan anaknya berduka lara. tak ada ibu bapa yang mahukan anaknya menderita. bila ibu bapa tidak menyukai lelaki pilihan anda, mungkin, mereka sudah nampak 'keburukan' yang anda tidak perasan. percayalah, cinta membutakan mata hati. kita hanya nampak yang 'cantik' dan walau terpalit yang hodoh pada sidia, kita selalu mengabaikannya.

ya, mungkin aku sedikit 'bias' mungkin 'anonymous' dapat menangkap bahawa aku lebih suka dia menurut kemahuan dua orang tuanya.
.......dlm masa yg sma kita nk jgak crik kebhgiaan kta........... 
aku hanya ingin bertanya, apakah anda yakin buah hati anda itu dapat membahagiakan anda?

tentu tidak, itulah jawapannya. kenapa? kerana masa depan itu hanya Allah yang tahu bagaimana, kan?

beginilah.... anda baca entri ini. aku yakin, anda akan mendapat jawapan kepada persoalan anda. aku cuma berharap, bila nanti anda menemui kebahagiaan yang dicari, jangan lupa menghubungiku. hmm...

4 ulasan:

  1. deqdeq sbnrnya mengalami hal ni...mmg benar tak ada mak ayah nak anaknya berduka...mmg benar kita tak tahu pilihan kita itu lah yg terbaik....sama juga mak ayah tak tahu juga apa yg terbaik buat anak2 nya...

    mak ayah cuma inginkan yg terbaik, tp sbg manusia tak tahu apa yg terbaik buat kita...

    Allah yg maha mengetahui...masalah deqdeq sendiri msh tiada penghujungnya...

    cuma yg deqdeq pegang, kalau jodoh tak ke mana dan semua masalah ada jalan penyelesaiannya...

    BalasPadam
  2. salam, kak sofi, i like this post..artikel itu pun dah baca sblm nih..thx kak
    buat deqdeq, benar Allah maha mengetahui, tapi jgn kita cuba menafikan pegalaman org tua,gerakhati mereka, pemerhatian mereka juga..kalau benar anda berpegang kpd 'kalau jodoh tak kemana',pasti anda akan patuh kpd mereka kesayangan kita..thx & peace...

    BalasPadam
  3. @DeQdEq
    apa tujuan sebuah perkahwinan? tentu shj untuk menambahkan bil. khalifah allah di muka bumi. manusia yg taat kepadanya. anak wajib taat kpd ibu bapa slps dia mentaati allah dan rasulnya, sebelum dia berkahwin, selagi kehendak ibu bapa x bertentang dgn syariat. mungkin pedih mengucapkan perpisahan kpd yg tersayang tp, ganjaran dan nikmat menjadi anak yg taat itu akan kita rasai satu hari nanti.

    BalasPadam
  4. @Ozzy
    thanx ozzy. mmg sukar bila kehendak kita dgn kehendak ibu bapa bercanggah tp percayalah, soal jodoh ni, allah dah atur elok dah utk kita. hanya kdg2 ada insan baik diuji mendpt insan yg kurang baik sgb pasangan semuanya ada hikmah yg kita x tahu. yg penting, jgn ingkar kedua ibubapa yg kerananya, kita lahir ke dunia.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.