apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.3.11

suami berdengkur, isteri tak lena. kalau isteri berdengkur??

hmm, ramai yang malu bila aku tanya ni... anda tidur berdengkur ke tak? hehehe.... eleh tak mengaku? 


berdengkur, baik lelaki atau perempuan terjadi masa tidur, kan? 
“Dengkuran adalah bunyi yang terhasil apabila saluran pernafasan tersekat ketika tidur. Jika seseorang berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika,”

masalah berdengkur lebih kerap berlaku pada orang gemuk kerana kehadiran banyak tisu lemak pada saluran pernafasan. dengkuran kanak-kanak pula biasanya disebabkan masalah tonsil atau adenoid (pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung). 
Rawatan untuk kanak-kanak berdengkur juga lebih mudah iaitu dengan membuang tonsil yang bengkak atau besar.
Beberapa faktor lain boleh menyebabkan seseorang berdengkur seperti:
1. Bentuk mulut iaitu sama ada lelangit lembut terlalu rendah, uvula panjang, lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar — semuanya boleh menghalang saluran udara
2. Kegemukan juga menyebabkan saiz empat bahagian berkenaan bertambah dan mengakibatkan dengkuran bertambah teruk
3. Terlalu letih
4. Minum banyak minuman keras sebelum tidur
5. Masalah saluran pernafasan
6. Mengalami masalah apnea tidur. Seseorang itu dikatakan mengalami apnea tidur apabila pernafasannya terhenti seketika sewaktu dia tidur.
Antara gejala apnea tidur ialah:
Rasa sangat mengantuk pada waktu siang
Dengkuran terganggu
Insiden tercekik di tengah malam (ketika tidur kerana tidak cukup oksigen dalam badan)
Tidur tidak lena
Nokturia (kerap kencing di tengah malam)
Tidak boleh menumpukan fikiran
Mengalami masalah daya ingatan
Kemurungan
Mudah terganggu
Keinginan seksual menurun
Apnea juga boleh mengganggu kualiti tidur dan hidup pasangan kerana mereka kerap terjaga akibat dengkuran kuat.

Kajian terbaru dilakukan penyelidik Universiti York di England mendapati, gangguan tidur boleh:
mempengaruhi proses pembelajaran seseorang dan menyebabkan mereka lebih sukar mengingat apa dipelajari.
Berdengkur bukan penyakit tetapi ia dikategorikan sebagai masalah perubatan, mengundang kedatangan pelbagai penyakit seperti strok dan tekanan darah tinggi, kata Perunding Neurologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Ng Wai Keong.

Gejala paling biasa dialami akibat tidur berdengkur ialah keletihan, mengantuk, daya tumpuan terjejas, cepat marah dan tertekan.

beberapa kaedah bukan pembedahan boleh digunakan mengatasi masalah dengkur seperti:

1. Mengubah gaya hidup dan mengurangkan berat badan khususnya bagi individu yang terlalu gemuk
2. Elak minum minuman beralkohol, mengandungi kafein (seperti kopi) dan merokok sebelum tidur
3. Mengubah posisi ketika tidur dikatakan dapat membantu mengurangkan masalah dengkur. Masalah ini lebih jelas jika tidur terlentang berbanding tidur mengiring
4. Jangan bersenam sebelum tidur kerana ia membuatkan seseorang berasa lebih segar dan sukar melelapkan mata
5. Elak keadaan yang boleh membuatkan anda terhutang tidur seperti menonton televisyen atau melayari Internet hingga jauh malam. Jika terhutang tidur, elok digantikan segera; sebaik-baiknya pada keesokan harinya
6. Titik beratkan kebersihan persekitaran tempat tidur dan pastikan bilik tidur anda dalam keadaan menenangkan
7. Gunakan pelekap khas pada hidung yang membantu membuka saluran pernafasan menjadi lebih besar
8. Gunakan semburan hidung
9. Jangan ambil pil tidur walaupun anda ada masalah sukar melelapkan mata. Pil tidur membuatkan otot anak tekak menjadi lebih rehat dan akibatnya, dengkuran bertambah kuat

sumber: harian metro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.