apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.3.11

selepas spm, siapa tentukan hala tuju? mak ke bapak?

keputusan spm dah keluar. di sekolah, aku tengok rakan-rakan cikgu yang anaknya sudah mendapat keputusan masing-masing, agak sibuk menanyakan kaunselor apakah jurusan yang sesuai dengan keputusan yang dicapai oleh anak-anak mereka. rata-rata, ramai yang tidak berapa mahu anak mereka memasuki pusat-pusat matrikulasi. malah ramai yang seolah-olah berusaha hendak memaksa anak-anak mereka menjadi guru atau jururawat, yang sudah diwar-warkan ....akan ada kerja bila tamat menyambung belajar nanti.

dulu, ibubapa tidak memaksa kerana kebanyakannya bukan berpelajaran tinggi. mereka menyerahkan kepada anak-anak untuk memilih apa yang anak-anak mahu. namun, sekiranya boleh, tentu sahaja cikgu sebagai bidang wajib untuk diceburi.

"Senang jadi cikgu. balik sekerat hari, hujung minggu cuti!" itulah ayat yang selalu kita dengar.

di zaman serba maju ini, di mana kebanyakan ibu bapa adalah orang-orang yang berpelajaran tinggi, aku melihat budaya di mana, anak pula lepas tangan dan ibubapa yang menentukan hala tuju mereka. mungkin juga anak-anak ini bosan bila bidang yang mereka pilih tidak menepati citarasa emak dan ayah dan dibangkang dengan alasan.....
tak boleh. tak ada masa depan. keluar U nanti tak ada kerja!!
memang benar, kita sebagai ibu bapa berhak ke atas anak-anak, tapi, sewajarnyalah, kita tidak terlalu memaksa. kalau anak tak minat jadi cikgu, kita paksa jugak-jugak... apa akan jadi di kemudian hari? dapatkah anak itu menjadi seorang guru yang baik? kalau anak itu sangat ingin menjadi seorang engineer, kita paksa dia jadi doktor, kesian dia, kan? dia nak deal dengan mesin, kita suruh dia deal dengan orang sedangkan mungkin dia pemalu yang teramat. kan payah?

tapi kadang-kadang kerisauan ibubapa ini berasas juga. anak-anak ini masih terlalu muda untuk membuat keputusan dan pilihan. silap pilih, di tahun 3, atau tahun akhir baru dia menyedari dia sudah silap. benarkah? kalau benar, mengapa semasa di tahun 1 dan 2, keputusan diperolehi amat baik? dah..keliru!

hidup tak boleh ada one track mind. skop pemikiran kena luas. pandangan mesti dilebarkan. belajar mendengar dan berbincang. dan bertawakkal.

sofi dah mula membebel. oklah. chao dulu.

2 ulasan:

  1. betul2..tp skrng bkn parents je yg bz..sedara mara pn dh ikut cmpr tgn.. kita yg pening nk pilih mana..

    BalasPadam
  2. *yana*, hak kita.. kita punya keputusan rr. hehe

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.