Langkau ke kandungan utama

sedih? erm...ntah....

aku nak tutup blog malam ni. kejap lagi dalam pukul 11, insyaallah..nak kemaskini apa yang patut. nak ubah suai di mana perlu. so nnt, kepada anda yang datang jenguk tapi x leh masuk.... jangan nangis, k! kerja-kerja pemulihan sedang berjalan, hehe....

kepada peminat-peminat abang mekanikku, nantikan episod akan datang.... bila? coming soon, hehe..... okeylah...insyaallah, esok!

apa lagi, ya? mm, poll.... kiranya blog aku ni taklah best sangat kut...sebab x ramai yang sudi memilih hero dan heroin serta citer yg aku buat ...sob sob sob...sedeyy..

tu yang semangat merudum tu...hmm

tengok blog orang lain bila poll berduyun2 buat pilihan tapi aku? auch...hampa...

isy, jangan percaya..kecewa ni x baik, melawan takdir tu...x pe, anda x mengundi pun aku yakin antara beribuan yang datang pasti ada pilihannya sendiri cuma malas nak tekan aje, kan? huhu....

Ulasan

  1. salam..jgn g2 kak sofi...saya ni klu ikutkan peminat setia nih..hehe
    org kata peminat tegar..dlu2 penah ader blog..pastu tutup..jd silent reader..ni ader blog masuk ngomen balik..
    blog saya lg kesian..tadak yg dtg jengah pun..kak sofi punya blog ni paling kurang 3x jenguk sehari..klu tadak yg baru baca yg lama..:P

    BalasPadam
  2. rileks la k sofi
    jgn sentap
    kuar buku mesti beli punyer
    x yah risau la psl poll tu ok

    BalasPadam
  3. kak sofi...jgn sedey2...
    suke je bce blog kak sofi...tp x bce novel...sbb skunk di oversea...nnti kak sofi smbg dlm buku...so frust sgt...tp mmg sukela blog kak sofi...cerpen2 sume best...kisah2 malaysia pown byk yg thu dr blog kak sofi...mntk maaf sgt2...sbb bg kak sofi down...for me...u have the talent..cerita kak sofi best!

    BalasPadam
  4. don't worry kak sofi..teruskan aje..istiqamah kak..insyaAllah, ada timbal balasnya:D

    BalasPadam
  5. @ummidanpapa
    thanx atas semangat yg kau beri hehe..biasalah, sesekali meroyan gak kak sofi hang ni...

    BalasPadam
  6. @itu_aku _^
    x risau mana sangat, sedey jekk..

    BalasPadam
  7. @Anonymous
    thanx.. kdg2 bila kita sedey, kita luahkan apa yg kita terbuku masa tu..yg x best bila baca semua..uwaaa maluuu..hehe

    BalasPadam
  8. @Nomie Aziz
    thanx sis, ya betul..kita mesti istiqamah, kan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…