apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.3.11

sarapan pagi - menghilangkan lesu sepanjang hari?


assalamualaikum, anda dah sarapan pagi ini? hmm, makan apa tu? bijirin aje? nesvita dengan milo panas? wow!


anda tau tak bahawa sarapan yang baik membolehkan anda dapat tenaga segera untuk sel-sel otak anda berfungsi pada waktu pagi? sarapan juga mengelakkan tubuh menjadi lesu.

apakah sarapan yang baik, ya?

contoh kombinasi sarapan yang berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk bijirin. atau susu rendah lemak diminum dengan sekeping roti penuh bijirin yang disapu mentega kacang, potongan lobak merah juga yogurt.  dalam kata lain, sarapan yang kaya protein dan serat. dan percayalah, sarapan pagi yang disediakan sendiri lebih berkhasiat berbanding membelinya.

Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak. Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.

dalam laporannya, ia membuktikan bahawa
pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.
sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan.

tapi....
sarapan yang manis perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan kita cepat lapar. bila kita lapar, nanti kita akan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
sofi: sarapan pagi kegemaran - nasi goreng + kopi... isy x berkhasiat langsung, kan? tapi... nak wat camne? i x suka minum susulah.. huhu....

sumber: kosmo

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.