Follow Us @soratemplates

17.3.11

pegang-pegang, himpit-himpit tu, kan syok...?


waktu dulu-dulu, bila sesuatu pasangan yang asyik masyuk, ghairah sangat bertemu untuk memadu asmara, tempat pertemuan yang mereka pilih pastilah tempat yang tersembunyi daripada pandangan mata ramai dan tersorok. masih ada rasa malu dan tidak selesa. 

hari ini? 

aksi pasangan bercinta ini....waduh-waduh...kalah kita yang dah 'merasa' nih.....maklumlah, pegang-pegang, himpit-himpit tu, kan syok?

bacalah keluhan dua suara yang baru-baru ini membawa keluarga ke DATARAN MERDEKA. 

Suri rumah, Noriza Abdullah, 35
setiap malam terutama hari minggu DM dipenuhi pasangan remaja yang mengambil kesempatan melepaskan rindu dengan pasangan masing-masing tanpa menghiraukan kehadiran orang lain. Ada pasangan yang berani melakukan aksi romantik termasuk tidur di atas peha pasangan.
katanya lagi, 
Keadaan itu tidak elok untuk kami yang sudah berkeluarga. bayangkan bila anak-anak kita tengok? Buatnya, mereka meniru aksi tu, amacam?
Dataran Merdeka menjadi pilihan remaja untuk melepaskan rindu walaupun ia dikunjungi warga kota yang berkeluarga termasuk anak kecil. Pasangan remaja ini semakin berani melakukan pelbagai aksi tidak menyenangkan di situ kerana beranggapan tempat berkenaan tidak dikunjungi pencegah maksiat dan mereka boleh berpelukan dengan pasangan sesuka hati mereka.



Tinjauan Metroplus di Dataran Merdeka mendapati berpuluh pasangan menjadikan kawasan itu setiap malam terutama pada larut malam untuk melakukan pelbagai aksi tidak senonoh.

Suffian Ghazali, 40 berkata, 
Pihak berkuasa berkaitan termasuk jabatan pencegah maksiat perlu buat rondaan setiap masa mencegah gejala pasangan kekasih yang melakukan aksi romantik di tempat awam.
begitulah kalau iman menipis dan malu berkurangan. depan orang pun nak tunjuk-tunjuk perlakuan 'mesra-mesra' tu. kalau dah kahwin, halal, boleh jugak diterima akal. Ni, belum ada apa-apa ikatan yang sah pun! 

agaknya kalau kita jerit, "Weh, tak takut dosa ke? Tak takut ke masuk neraka?" 

agak-agak, mereka takut tak? atau.... mereka gelakkan kita dan jawab.....

"Woi, blahlah..kalau sakit mata, pi bubuh eye mo?" 

sofi: risau...

sumber: metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.