apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.3.11

orang mabuk buat kacau

setiap yang ditegah agama, tentu ada sebabnya. yang pasti, tegahan itu untuk kebaikan umat manusia sejagat. 

arak? memang merupakan minuman yang dilarang umat islam meminumnya. mabuk selepas minum atau tidak, minum sikit atau minum banyak, bukan persoalan. haram tetap haram! jangan cuba-cuba! hanya mengundang kemurkaan Allah nanti. 

kenapa? tentulah Allah yang lebih mengetahui. tapi dari apa yang terluah dalam harian metro ini, aku yakin, anda pasti faham. 
KUALA LUMPUR: Penduduk di Jalan Perhentian, Sentul, di sini, kurang senang dengan gelagat sekumpulan kaki botol yang berkelakuan tidak senonoh serta mengganggu ketenteraman awam selepas meminum arak di sebuah kedai di situ. perangai mereka bagaikan kanak-kanak kecil yang membuang air kecil di tepi jalan tanpa rasa malu selain mengacau orang awam yang lalu lalang di situ terutama wanita.
orang kalau dah mabuk, kan? bukan dia sedar apa dia buat, betul tak?

seorang penduduk berkata, 
“Selepas mabuk, mereka akan membuat bising seperti menyanyi, menjerit dan merapu perkataan yang bukan-bukan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga akan bergaduh tanpa diketahui puncanya. Tindakan terbabit mengganggu penduduk berhampiran lebih-lebih lagi penduduk di Rumah Pangsa Perhentian.” 
belajarlah menghormati masyarakat setempat kalau pun tidak mampu menghormati agama lain, wahai pemabuk!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.