nasib malang yang ditempah?

perkenalan melalui laman sosial seperti facebook dan twitter, blog, hi5 dan lain-lain, tidak pernah berjumpa namun kebiasaannya, amat mudah untuk orang perempuan jatuh cinta, hanya dengan membaca tulisan dan senda gurau yang terluah di sana. begitu pandai si lelaki bermain kata. mencurah rasa, mengungkap cinta sehingga hati wanita yang layu  jadi segar, mekar dan dalam hati dipenuhi taman-taman cinta indah mewangi. tak jumpa, tak kenal maka tak cinta. itu sepatutnya namun mengapa, terjatuh cinta juga? mengapa melonjak-lonjak ingin bersua bila si dia sudi bersemuka?

yang aku lebih tak faham ialah mengapa selepas hanya 1, ya...SATU... pertemuan, maka semuanya dikorbankan? siapa yang terjerat?

wang ringgit boleh dicari tapi maruah? harga diri? ke mana dicampakkan?

anda ingin tahu tentang apa yang aku bicarakan? masuk sinidan bacalah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen