apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.3.11

NAK BUAT LOJI NUKLEAR DI MALAYSIA? BETULKAH?

Daripada enam reaktor aktif yang ada, Jepun menaikkan skala lima, lagi dua peringkat untuk menyamai tragedi Chernobyl di Ukraine pada 1986. Ia berpunca daripada kebimbangan atas faktor reaktor di bangunan 1, 2 dan 3 Fukushima Daiichi selepas kegagalan menyejukkannya. Tahap radiasi lebih tinggi daripada normal juga dicatat di beberapa tempat sejauh 30 kilometer dari lokasi loji berkenaan.

Reaktor Fukushima Daiichi terus menghantui kerana radiasi dikhuatiri sampai kepada penduduk di barat laut Amerika Syarikat dan Kanada. Fukushima Daiichi yang dibina pada 1971 adalah satu daripada 15 stesen nuklear terbesar di dunia yang menyalurkan tenaga elektrik kira-kira 29,891 GWh kepada penduduk Jepun. 

Tahukah anda kerajaan bercadang membina loji nuklear di negara kita, Malaysia tercinta ini? Kos pembinaan loji jana kuasa nuklear berkapasiti 1,000 megawatt untuk menghasilkan tenaga elektrik yang dijangka beroperasi pada 2021 dianggarkan mencecah antara RM8.25 bilion hingga RM12.8 bilion. 

Secara ringkasnya, jana kuasa nuklear akan menggunakan uranium dalam bentuk isotop untuk menghasilkan haba yang banyak daripada beberapa siri tindak balas sebelum haba itu digunakan untuk memutarkan turbin untuk menghasilkan tenaga elektrik. lima lokasi dikenal pasti sesuai untuk pembinaan loji jana kuasa nuklear di negara ini berdasarkan faktor seismik, iaitu pergerakan gelombang tenaga dalam bumi yang disebabkan gempa bumi, letupan atau proses lain membabitkan tenaga frekuensi rendah.

Kalau benar faktor itu menjadi ukuran, loji nuklear pertama negara berkapasiti 1,000 megawatt itu mungkin dibina di sebelah pantai timur kerana aktiviti seismik minimum di Laut China Selatan, berbanding sebelah Selat Melaka yang pernah dilanda tsunami pada penghujung 2004.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga menunjukkan kebimbangan terhadap pembinaan loji di negara ini apabila dilaporkan berkata, Malaysia masih belum bersedia untuk membina dan mengendalikan loji tenaga nuklear. 

“Masih banyak yang kita belum tahu mengenai teknologi lakuran (fusion) kerana sebaik saja ia menjadi radioaktif, kita akan hilang kawalan ke atasnya dan kita juga tidak mengetahui dengan cukup kesan radiasi dihasilkannya.Selain itu, kita juga tidak tahu macam mana hendak menghapuskan bahan buangan radioaktif dan jika makin banyak negara membina loji tenaga nuklear, lebih banyak bahan buangan terpaksa dilupuskan"
apakah anda menyokong pembinaan loji nuklear di malaysia? tepuk dada, tanyalah diri sendiri...

sumber: harian metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.