Langkau ke kandungan utama

minum 4 teguk dah mabuk!!

PENGSAN...penagih arak murah terbaring akibat penangan minuman keras terbabit.
setiap yang ditegah oleh agama itu tentulah untuk kebaikan umatnya. arak, judi dan zina terang-terang dan jelas diharamkan oleh islam. kenapa? aku pasti anda mengetahui sebabnya.

namun, di hujung zaman ini, ramai yang degil. tak dengar cakap. tak peduli. agaknya, kalau kita ni bukan umat nabi muhamad, pasti allah dah turunkan bala 'inpromto' masa tu jugak, sebagaimana umat nabi-nabi terdahulu. 

arak, kalau dulu orang bukan islam saja yang minum, kini ia menjadi kebanggaan orang islam yang 'lupa' ini. kalau kaya, jenamanya tentulah yang mahal harganya sehingga x masuk di akal. tapi kalau miskin?

Tinjauan Harian Metro mendapati ada sejenis arak, dengan kandungan sebanyak 150 mililiter itu dijual RM3.30 sebotol. di dalamnya kandungan alkohol ialah 43%. sebab tu, siapa yang minum, sure...4 kali teguk dah mabuk! amboi... arak ni dipanggil dengan nama ‘tonik gila’ atau ‘samsu setan’.


tapi itulah, ingat bagus tapi sebenarnya memudarat. arak ini yang biasanya dibeli oleh mat rempit, budak sekolah dan golongan marhain lainnya..... boleh menyebabkan si peminum mengalami  muntah darah sekali gus mengancam nyawa 
Gejala menakutkan ini kian serius selepas tinjauan mendapati minuman terbabit mudah dibeli hampir di semua kedai runcit dan kedai ubat tradisional Cina. Hasil tinjauan di lebih 10 kedai runcit sekitar bandar raya ipoh, terdapat kira-kira lima jenama minuman keras yang dijual murah dengan kadar alkohol terendah 27 peratus.
apa kata man, seorang penagih tegar minuman keras itu?
dia kini menderita penyakit hepatitis atau bengkak hati akibat ketagih minuman itu sejak lebih setahun lalu. kini dia kerap muntah darah selain sakit pada hulu hati berpunca daripada kesan toksik pada alkohol dalam minuman keras itu. malah, kini dia cepat pitam dan buang air besar bercampur darah.
kalau ada yang masih tanya, minuman air syaitan ini ada logo candi, simbol kapak dan nombor tertentu.

kenapakah yang tak baik begini mudah benar diikuti oleh remaja islam hari ini? rapuhkah iman? jauhkah kasih sayang ibu ayah atau.... keseronokan dunia mengatasi segala?


entahlah....



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…