apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.3.11

mengapa isteri bosan di ranjang?

perkahwinan menjadi hambar bila semakin berusia. tu yang ada suami sanggup makan luar. tu juga jadi penyebab isteri menemui cinta baru.

mengapa hambar?

perasaan indah ketika bersama hilang entah ke mana. debaran tiada lagi setiap kali mata bertentangan. iyalah...nak berdebar apanya, kan? dah kenal luar dalam, kan? and, yang paling nyata aktiviti 'bersama' menjadi ....... kurang umphh?

seks dalam rumahtangga merupakan bahagian penting selain berkomunikasi sesama pasangan. ia dapat mengeratkan hubungan suami isteri kerana kemesraan bermula di ranjang.

cuba ingatkan debaran malam pertama anda? bukankah keistimewaannya melekat sampai kini dalam kotak memori? mengapa? tentulah jawapannya kerana malam itu ialah malam pertama untuk semuanya... kan? tapi keindahan itu akan mudah dilupakan jika tidak dibajai, tidak diambil berat.

ada beberapa sebab mengapa kita, kaum hawa yang bergelar isteri ni mudah bosan di ranjang. bacalah, moga2 rumah tangga kita tidak begitu.
1. tindakan mudah dijangka
maknanya, isteri dah tahu dah rutin suami dia. step by step. bayangkan kalau dah 20 tahun kahwin...mak...stereotype! borinyerrr
2. suami takut cuba perkara baru.
bayangkan kalau posisi sama dari dulu hingga kini..alahai...
3. terlalu kerap
suami asyik nakkk aje sampaikan isteri rasa diperalatkan. so ia menjadi rutin penyerahan diri tanpa apa-apa 'feelings'
4. lokasi yang satu aje
dalam bilik, atas katil...
sesekali ajaklah pergi kuar, tidur kat hotel ke? atau, kalau x mampu, sofa kat rumah kan ada?
5. sunyi tanpa suara
kenapa orang tengok video lucah? nak tau? pergilah curi2 tengok..ehhh...curi dengar! anda akan faham apa maksud ku.

tu dia sebab-sebab mengapa seorang wanita mudah bosan di ranjang. walau seks bukan segala-galanya, bukan janji bahagia tetapi ia ada peranan yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. isteri yang 'puas' pasti bahagia. bila isteri bahagia, tentulah rumah tangga dan anak2 terpelihara.

harap anda suka entri ni. thanx

1 ulasan:

  1. Tak ramai isteri yg sanggup mengecilkan hatu suami dgn berterus terang meskipun jiwa dan raga tersiksa namun sifat malu seorang perempuan tetap terpelihara....

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.