mencampak diri ke dalam kebinasaan

KESIHATAN adalah nikmat paling berharga yang perlu dijaga. apa yang anda faham dengan istilah kesihatan? 

health is weath, kata omputih. yang membawa maksud orang yang sihat sebenarnya seorang yang kaya. iyalah kan, orang sihat boleh buat apa dia hendak. nak berlari, nak menari, nak melompat? sume boleh. 

tahukah anda bahawa kesihatan sangat berkait rapat dengan cara pemakanan anda? 

malangnya, ramai di antara kita sekarang tidak begitu peka terhadap aspek pemakanan. kebanyakan tidak memilih makanan. asalkan sedap, hmm....semua disapu bersih. balun! ini termasuklah memakan makanan segera, makanan bergula mahupun yang berlemak. katalah apapun, telinga sengaja buat-buat pekak. apabila sudah disahkan menghidap sesuatu penyakit barulah sedar diri dan mengakui bahawa kesihatan itu adalah harta yang amat bernilai.

Selepas sesuatu yang berharga sudah tiada, barulah seseorang itu menghargai nilaiannya.

Selepas diuji dengan kesakitan, baru kita berasa betapa beruntungnya nikmat yang dimiliki sebelum ini.

Adakah kita mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat setiap hari? Seandainya kita ikut dengan teratur serta mengamalkan gaya hidup sihat, bersyukurlah kerana kita diberi kesedaran itu. Sebagai Muslim, wajib kita menjaga amanah yang Allah beri ini. apa dia? kesihatanlah, apa lagi? Sebarang kegiatan yang menjejaskan kesihatan, al-Quran menyifatkan ia sebagai mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. 

anda tidak menghargai kesihatan diri jika terbabit dalam penyalahgunaan dadah. sama  jugak kalau anda ketagihan rokok, alkohol serta lumba haram yang membawa musibah, mudarat serta kecacatan. tinggalkanlah tabiat buruk yang menjejaskan kesihatan itu. 

Kita perlu bertekad untuk meninggalkan tabiat buruk berkenaan dan cuba pula mengajak orang lain menjaga kesihatan untuk terus kekal menjalani kehidupan yang berkualiti. 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah berbanding orang beriman yang lemah”. (Hadis riwayat Imam Muslim) 

Nabi Muhammad s.a.w menyarankan umat Islam tidak kira individu mahupun masyarakat mementingkan kesihatan. 

Setiap Muslim hendaklah berusaha sedaya upaya memperbaiki hidup selain menjadi manusia yang kuat. Nikmat kesihatan yang baik saja mampu mengubah nasib serta dapat meraih kehidupan lebih baik. Badan yang sihat bukan untuk merompak, menyamun atau meragut. 

kita tidak mahu umat yang mampu berjaga malam hingga ke pagi bagi sesetengah orang (untuk tengok bola, misalnya), tetapi untuk bersolat Subuh tidak dapat dilaksanakan. 

Peluang sementara badan masih sihat inilah masanya untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik. Jangan terus leka dan beranggapan usia masih muda dan mempunyai banyak masa kerana kematian itu tidak mengenal usia. Tidak semestinya kematian menjemput kita pada usia tua kelak. 

Bukan juga bererti, kita perlu melupakan kenikmatan dunia. Kehidupan dunia adalah kurniaan Allah, selagi kita tidak melakukan amalan yang bercanggah dengan agama dan tidak melalaikan maka ambillah. 

Alangkah bagusnya jika seorang yang hebat personalitinya, kerjaya, berkarisma, berpelajaran tinggi, mantap akhlak dan amalan agamanya. 

Remaja yang hebat adalah golongan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Bolehkah kita menjadi cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama menjaga akhlak serta pekerti sebagai Muslim? Taat dan hormat ibu bapa dan guru, jadilah rakan yang mudah didampingi ketika susah dan senang selain menjaga ibadat termasuk tidak meninggalkan solat wajib. Zaman remaja bukan untuk mengejar keseronokan. Dunia ini hanya pinjaman dan penuh tipu daya justeru perlu berhati-hati.

Kelihatan dunia ini penuh dengan keseronokan tetapi pada akhirnya pasti ramai yang kecundang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen