apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.3.11

Melur Jasmine 3

Hari Jumaat. Suasana sudah agak sunyi. Maklumlah, sebaik loceng tamat sekolah berbunyi jam 12 tengah hari tadi, murid-murid lelaki semua sudah berpusu-pusu meninggalkan pekarangan sekolah. Tentulah tujuannya tidak lain melainkan untuk segera balik ke rumah, membersihkan diri dan bersedia untuk solat Jumaat.

Hari ini memang sangat mendamaikan. Malah, bukan hari ini sahaja tetapi sudah tiga hari suasana dalam kelas 5S1 tenang dan aman. Nak tahu kenapa? Tentu ramai yang sudah dapat meneka. Ya, semuanya kerana budak lelaki itu tidak ada. Badrul Aminudin Haziq sudah tiga hari menghilangkan diri daripada sekolah. Mungkin dia malu kerana kisah dia disebat rotan oleh cikgu Halil sudah diketahui umum.

Malu? Melur menguntum senyum. Dalam hati tertanya-tanya apakah si BADAQ itu seorang yang tahu malu. Bibir dijuihkan, sebagai lambang tidak percaya. Dia tahu dan dia amat yakin, Bad tidak ke sekolah hanya disebabkan oleh rasa malas. Argh, kenapa dia harus memikirkan tentang Badrul? Buat sakit hati saja. Eloklah kalau dia tidak datang ke sekolah. Aman sikit dunia ni! Melur bermonolog lagi.

“Woit! Dah siap jawab soalan kimia tadi?” soal Tini bila melihat Melur berdiri dan sedang mengemaskan beg sekolahnya.

Melur mengangguk.

“Kau tu tunggu apa lagi? Jomlah balik.” Dia mengajak kawan baiknya yang pendiam itu. Di kalangan teman-teman sekelas, Tini memang terkenal sebagai pendiam. Satu ditanya,  satu dijawab tetapi Tinilah pelajar harapan sekolah. Pelajar yang diharap akan mendapat 10 A+ dalam setiap kertas yang diambil semasa peperiksaan SPM hujung tahun nanti.

“Tak apa! Kau balik dulu. Ada sikit lagi nak aku siapkan ni. Lagipun, kau kan ada drebar? Tentu dah lama dia tunggu kau? Aku naik gerek. Lambat pun tak apa.” Balas Tini.

“Tak adalah! Hari ini, aku balik naik bas. Pak Amin kan kena pergi sembahyang Jumaat?” Melur menjelaskan.

Tini tersengih. Dia lupa tentang itu padahal minggu lepas dia yang telah menemankan Melur di hentian bas. Lama juga mereka menunggu bas tiba membolehkan mereka berbual-bual tentang hal keluarga. Waktu itulah baru Tini tahu bahawa Melur dan ibunya tinggal berdua beranak sahaja. Ibu dan ayah Melur sudah bercerai. Enam bulan yang lepas. Sejak perceraian itu, Melur tidak pernah bertemu dengan ayahnya lagi. Masih teringat bagaimana sayu wajah Melur bila mengenangi kenangan silam bersama lelaki itu.

“Apa kata kalau kau turun dulu dan tunggu aku di kantin. Aku nak siapkan sikit aje lagi ni. Kau pun tahu, kan, Melur... aku bila balik ke rumah aje tentu tak boleh baca buku. Maklum adik beradik 13 orang.” Kata Tini.

Melur tersenyum kecil. Sebagai kawan, dia mengerti masalah dihadapi Tini. Tini tidak hidup mewah sepertinya. Rumah Tini kecil sahaja dan ia semakin sempit kerana adik beradik yang ramai dan kecil-kecil yang tidak betah duduk diam. Sememangnya Melur juga tahu betapa, ketika di rumah, Tini lebih banyak menguruskan mereka berbanding dirinya. Yang pasti, masa untuk menelaah hanya muncul ketika dinihari, saat semua sudah lena dibuai mimpi.

“Weh, kau tunggu apa? Pergilah dulu.” Desak Tini.

Melur mengangguk laju lantas mengambil beg dan terus berlalu. Tidak mahu mengganggu konsentrasi Tini lagi.

Dia bernyanyi-nyanyi kecil. Entah lagu apa yang dialunkan, Melur sendiripun tak pasti. Yang dia tahu, dia sukakan melodi lembut itu, yang sedang beralun perlahan di minda. Anak tangga di hujung tingkat dua itu dituruni perlahan-lahan. Bila perut berkeruh, Melur ketawa sorang-sorang. Macam tahu-tahu aje yang hari ini mummynya memasak sambal tumis udang dengan petai. Hmm, yum! Yum!

Tiba-tiba ketika dia di balkoni ‘ground floor’ berhampiran makmal biologi, seseorang datang dari belakang, menekup mulutnya dan mengheret dia ke arah bawah tangga yang baru dituruni. Melur meronta-ronta untuk melepaskan diri namun kudrat tidak sekuat mana. Akhirnya, dia terdampar di tepi dinding.

“Kau?”

“Shut up!” kata lelaki itu sebelum bibirnya meraup bibir mungil Melur.

Melur berasa terlalu sakit hati. Budak lelaki ini tak serik-serik, fikirnya. Kurang ajar punya Badrul! Lantas, kaki kiri bertindak menghentak paha lelaki itu. Dia kemudian pantas menyerang tanpa henti. Oh ya, Melur adalah pemegang tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri di sekolah lama. Bukan satu malah tiga. Tae kwan do, silat gayung dan karate. Bangga juga kerana hari ini, kali pertama dia dapat mempraktikkannya.

“Adoi! Adoi! Melur, stop! Berhenti! Okey! Okey! Aku mengaku kalah! Aku surrender!” rintih Badrul dalam kesakitan yang teramat. Rasa bengkak bengkik badannya kini dihentak oleh Melur.

“Padan muka kau! Aku dah cakap, kau salah orang kalau kau nak buli aku! Aku dah cakap, jangan kacau aku tapi kau degil. Aku dah cakap, jangan ingat aku ni macam kawan perempuan kau yang lain-lain tu. Kenapa kau ni tak faham-faham, hah?” ucap Melur sambil terus melayangkan kakinya ke perut Badrul. Tiada simpati. Tiada kasihan. Bagi dirinya, budak lelaki ini perlu diajar!

“Adoi... cukuplah! Aku mintak maaf, okey! Sorry!” Badrul masih merayu.

“Aku benci kau, Badrul Aminudin Haziq! Benci! Kenapa kau buat macam tu pada aku? Kenapa,” mata meliar memerhati sekeliling, “Kenapa kau cium aku? Gatal, ya? Dengar! Aku nak bagi amaran pada kau! Kalau kau hebohkan perkara ini kepada kawan-kawan kita, aku tak akan teragak-agak mengadu kepada Tuan Pengetua. Aku akan pastikan kau dibuang sekolah. Kau faham tak?”

Badrul terus kaku. Risau pulak bila memikirkan tentang ini. Mahu mengamuk emak dan ayahnya kalau mereka tahu. Tapi, hati masih ingin menang...

“Alah, kau bukan ada saksi pun!” ujarnya.

“Kau silap, Bad. Aku ada. Aku dah nampak semua perbuatan kau, kau tahu?”

“Tini?” serentak Melur dan Badrul melontar suara.

“Kau ni memang dah tak ada kerja lain ke, Bad? Asyik nak ganggu Melur aje. Setahu aku, kau selama ni taklah suka sangat mengusik budak perempuan. Kenapa lain macam aje bila dengan Melur?” soal Tini dengan dahi yang berkerut.

Suasana bisu. Melur mengesat-ngesat bibirnya. Benci mengingatkan kejadian tadi. Benci melihat wajah Badrul yang mula menunjukkan keyakinan diri. Benci!!!

Beg sekolah dicapai. Dia ingin segera pergi. Kalau lebih lama dia di sini, mahu ditendangnya lagi lelaki muda yang amat dibencinya ini. Namun dia tetap ingin berkata sesuatu.

“Teruskanlah berbuat jahat. Mula-mula, kau ponteng solat Jumaat. Tentu sebelum tu kau dah tipu mak bapak kau, kan? Lepas tu buat tak senonoh pada aku. Eh, kau ni Islam ke tidak? Nanti Allah sumbat kau dalam api neraka baru kau tahu. Muda-muda lagi dah hidup dipengaruhi syaitan. Badrul, kalau kau mati kejap lagi kena langgar kereta ke, kena langgar lori ke, macam mana? Aku belum maafkan kau lagi, tahu! Aku tahulah yang kau tu anak orang kaya tapi kau ingat harta boleh tahan dan selamatkan kau ke di alam kubur nanti?”

Badrul ditinggalkan dalam keadaan termangu.

Dan, Melur tidak lagi menemui budak lelaki itu lagi kemudiannya kerana dua hari selepas itu, Badrul Aminudin Haziq betul-betul terlibat dalam kemalangan jalanraya. Kereta yang dipandu tanpa lesen berlanggar secara berdepan dengan sebuah kereta lain.

Bagaimanapun, Melur tidak tahu mengenainya kerana dia berpindah dalam keadaan tergesa-gesa sebaik pulang dari sekolah pada hari kejadian.   

6 ulasan:

  1. bad accident??
    ksian plak kat dia.
    naper melur ni tiba2 pindah skolah??

    BalasPadam
  2. @siti

    mmg kesian pd bad. melur? nnt sambung

    BalasPadam
  3. mcm mana dengan bad??
    melur plak kenapa tetiba pindah??
    kak nk lagi...

    BalasPadam
  4. sambung cepat2..best citer ni

    BalasPadam
  5. sambung cepat2..best citer ni

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.