apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.3.11

Melur Jasmine 1

"Woi, dah tak ada nama lain ke yang mak engkau boleh beri? Melur? Hahaha....Melur...Melur...Melur..." 

Melur menutup lubang telinganya dengan jari. Rapat! Saat ini, dia teringin benar nak jadi orang pekak, sekurang-kurangnya, dia tak perlu dengar suara sumbang budak lelaki itu. Hatinya sakit, sangat sakit! Tapi, ini hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah baru. Ini, hari pertama dia menjadi penghuni kelas 5 Sains 1. Dia baru aje berpindah masuk daripada Kota Bharu. Owh, bukan di Kelantan, dekat aje... Di negeri Perak. Budak baru kena tunjuk baiklah, kan? Mana boleh gaduh-gaduh? Kan?

"Siapa nama mamat yang dok kacau aku ni?" Melur menyengetkan tubuh sedikit, ke arah kiri. Wajah kawan barunya yang nampak baik itu diperhati. 

"Alah, buat apa kau ambik kisah pasal budak tak cukup sifat tu. Biarkan aje! Jangan layan! Esok-esok, bila dia dah bosan, dia diamlah..." Tini, gadis cilik itu berhujah. 

"Eh, aku bukan nak tulis jurnal tentang dia! Tak! Langsung tak ada niat pun. Aku cuma nak tahu nama dia? Salah?" Melur berasa tidak puas hati mendengar kata-kata Tini. Bukannya dia nak tahu sangat, cuma dia sakit hati bila namanya yang emak dia beri dengan penuh kasih sayang, dipertikai. 

"Nama dia Badrul Aminudin Haziq bin Hakim. Camne? Sedap, kan?" 

Sinis senyuman yang tersungging di bibir. Tiba-tiba...

"Mulai hari ini, saat ini, aku nak panggil kau, Jasmine. Melur is very 'd' kampung-kampung, you know! Any objection, my Jasmine?" 

Budak lelaki pemilik nama Badrul Aminudin Haziq itu sudah duduk di sudut meja Melur, sedang beria-ia menanti jawapan gadis itu. Wajahnya serius seolah-olah, dia mengharapkan Melur setuju sahaja dengan kata-katanya tadi. 

"Kalau awak benarkan saya panggil awak... BAD atau BADAQ?" 

Seisi kelas menahan tawa mendengar pertanyaan yang terlontar kuat daripada mulut Melur. Hanya Badrul yang sedikit ternganga. Tidak menyangka budak perempuan yang baru masuk ke dalam kelasnya ini sudah pandai hendak mengenakannya. Wajahnya sudah merah padam. Jelas, dia sudah marah.

"Kau ni kenapa? Aku punyalah baik nak bagi satu nama yang sedap disebut...Jasmine, engkau sedap-sedap panggil aku 'BADAK'? Kau nampak aku gemuk sangat ke? Hah?" Meruap-ruap api kemarahan Badrul. Rasa ingin sahaja dicekik-cekik leher si Melur ni. Huh...

Melur menatap wajah itu. Lama sebelum dia berkata dengan tegas, "Mak saya bagi nama saya sedap-sedap, awak gelak. Awak tukar. Nak panggil Jasmine konon? Jasmine dengan Melur tu sama aje, kenapa awak ni bengap sangat? Ha, bila saya panggil BAD, marah... Bila panggil BADAQ, pun marah... Pandai pulak awak marah, ya? Saya tak peduli. Saya tetap nak panggil awak BADAQ. By the way, awak memang gemuk pun! Sesuai dah...gelaran yang saya bagi tu dengan awak!"

Badrul mengetap bibir. Sepasang mata melingas memerhati di sekeliling kelas yang sunyi sepi. Wajah teman-teman yang seramai 30 orang tertumpu kepada dirinya kini. Apa yang mereka fikirkan? 

Argh, buat pertama kali, Badrul kalah bila berdebat! 

Argh, buat pertama kali, Badrul tewas ketika mengusik seorang budak perempuan. 

Argh, geram!!!

"Korang, dengar sini! Hari ini, aku nak mengisytiharkan perang terhadap budak baru ni. Dia musuh aku nombor satu. Siapa kawan dengan dia, maka, diorang juga musuh aku, faham?" Badrul bertempik. Mentang-mentanglah waktu ini, semua guru sedang bermesyuarat, dia cuba menggunakan pengaruh 'brutal' di dalam kelas. 

"Awak ni, kan? Awak kenapa ya, sakit hati dengan saya? Saya cuma balas balik perbuatan awak pada saya tadi. Salah ke?" 

Mata Badrul buntang. Dia benci gadis bertocang dua bernama Melur  Airina binti Zahar ini. Dia benci pada perempuan yang suka menjawab. Dia benci pada budak perempuan yang banyak mulut! Benci!

"Kau yang salah! Siapa suruh kau gelar aku BAD? Hah? Kau tahu apa makna BAD tu? Jahat. J.A.H.A.T! Jahat! Kau anggap aku budak jahat, kan? Jadi, tunggulah! Siaplah, kau! Kau akan tahu macam mana jahatnya aku nanti. Tunggulah..."

Kecut perut Melur mendengar ugutan itu. Semakin kecut bila kawan-kawan sekelas bagai tidak mahu menyebelahi dirinya. Semakin susah hati bila masing-masing mula beralih dan duduk diam, membuat kerja masing-masing. 

"Eleh... dia ingat dia besar sangat? Dia belum kenal siapa aku. Dia nak main kasar? Aku nanti akan lebih kasar lagi. Hmm....." 

Melur tersenyum-senyum. Di mata, dia sudah terbayang-bayang...tubuh Badrul melayang-layang di udara sebaik menerima tumbukan padunya ketika mereka berlawan nanti. Ya, mungkin, Badrul akan terdampar jauh...nun...

Senyuman semakin meleret....
................. 

6 ulasan:

  1. satu permulaan yang menarik...

    BalasPadam
  2. hahahaha... brutal gak si melur ni. nama skt punye ayu... orang dia boleh tahan....

    BalasPadam
  3. tumpg tnya...
    ni nvl ke...cerpen?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.