Langkau ke kandungan utama

lima artis wanita yang kerap membarisi carta selebriti paling cantik di Korea Selatan.

HEROIN drama Iris dan My Princess ini menjuarai hampir kebanyakan carta artis tercantik Korea atau setidak-tidaknya dalam kedudukan tiga teratas. Dia memperoleh undian tertinggi mengalahkan 23 artis lain yang disenaraikan untuk dipilih oleh pengarah dan produser drama serta program realiti dari stesen TV utama seperti KBS, MBC dan SBS pada 2007. Pada 2009, Tae-hee sekali lagi terpilih sebagai selebriti wanita paling cantik menerusi kaji selidik KBS melibatkan 15,222 responden.

Walaupun mencecah 31 tahun, pemegang ijazah Rekaan Fesyen dari Universiti Nasional Seoul ini masih mampu memegang watak pelajar universiti kerana wajahnya yang lebih muda daripada usia. Senyuman malunya menjadi antara keistimewaan kakak aktor Lee Wan ini. Tidak hairanlah dia menjadi wanita idaman pilihan ramai lelaki Korea termasuk aktor tampan, Song Seung Hun.


lakonan mantap artis jelita ini bersama aktor antarabangsa, Rain dalam Full House dinobatkan sebagai paling menambat hati para peminat cerita Korea terutama di Asia. Di China, Jepun, Filipina, Thailand, Singapura bahkan Malaysia - drama itu sudah diulang tayang beberapa kali di beberapa stesen televisyen.

Artis bertubuh kecil comel ini tidak dapat dipinggirkan setiap kali memperkatakan tentang wanita cantik di Korea.


Digelar ‘wanita bertuah’ kerana kejayaan hampir semua drama lakonannya daripada Princess Hours, 1st Shop of Coffee Prince, Man in the Vineyard hingga My Fair Lady - mencecah rating tinggi, Eun-hye juga menjadi buruan syarikat ternama untuk menjadi model iklan produk mereka.

Lakonan hebatnya membolehkan dia merangkul anugerah artis wanita terbaik hampir dalam semua drama yang dibintanginya. Manakala penampilan hebatnya pula membuatkannya terpilih antara selebriti paling bergaya termasuk Best Jewellery Lady tahun lalu.


ARTIS cantik yang membesar di Sydney, Australia ini, mula menonjol sejak watak gila-gila yang ditampilkannya dalam drama My Girl. 

Berdiri pada ketinggian 170 sentimeter, gadis tinggi lampai ini seperti juga Eun-hye, sering menjadi pilihan syarikat komersial untuk menjadi model produk mereka. Lakonannya dalam drama hebat Slave Hunter meletakkannya sebaris artis wanita yang mendapat bayaran antara tertinggi di Korea.


pelakon dan model ini berusia 21 tahun. walaupun masih baru dalam dunia hiburan Korea, namanya kini menjadi antara carian tertinggi di Internet. dia baru saja memenangi Anugerah Pelakon Baru Terbaik MBC menerusi drama High Kick Through The Roof.

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…