apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.3.11

kasih ibu

seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang tertulis sesuatu. Si ibu segera mengesat tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu.
Tolong pergi kedai RM 4.00
Tolong jaga adik RM 4.00
Tolong buang sampah RM 1.00
Tolong kemas bilik RM 2.00
Tolong siram bunga RM 3.00
Tolong sapu sampah RM 3.00
Jumlah RM 17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar dimindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis dibelakang kertas yang sama.
Kos mengandungkannya selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos airmata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Airmata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata. 
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 
"Telah Dibayar" 
pada mukasurat yang ditulisnya.

kasih ibu membawa ke syurga... syurga berada di bawah tapak kaki ibu, jangan lupa itu. so...wahai perempuan-perempuan... betapa bertuahnya kita, kan...


2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.