apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.3.11

jom makan sayur, jom!!!

harga ayam naik melambung-lambung. hai....ayam pulak, baik daging atau telurnya, memang kesukaan anak-anak jadi tentu keadaan yang sedang melanda negara sekarang membuat ibu bapa susah hati.

gaji tak naik-naik tapi... harga barang melonjak-lonjak...bukan sekali malah berkali-kali. malah, jika tidak dibenarkan naik harga, barang-barang itu akan disorok! fuhh.....

dalam metro, kita diajak oleh fomca untuk makan sayur. (macamlah selama ni kita x makan, ya? hehe) tapi janganlah juihkan bibir tu, okey. tujuan fomca ialah;
untuk mengurangkan pengambilan ayam dan menggantikan dengan makanan lain seperti daging atau ikan bagi membantu menurunkan harga ayam di pasaran.
bagus jugak idea tu. biar diorang tahu yang kita, masih ada pilihan makanan lain yang lebih banyak selain ayam. kalau kurang permintaan, barulah agaknya diorang tu sedar akan kuasa kita sebagai pembeli, kan?
“Ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mengimbangi pola pemakanan harian dengan mengambil lebih sayur-sayuran dan ikan bagi mengurangkan permintaan ayam, sekali gus melahirkan generasi sihat,” 
kenaikan harga ayam dijangka stabil menjelang April depan. kenaikan harga ayam ini dikatakan berpunca daripada empat faktor utama antaranya permintaan tinggi, kejadian banjir, penyakit sampar yang menyerang ladang ayam dan harga makanan ayam yang meningkat.

ada-ada saja alasan untuk kenaikan harga, kan? habis, tidak kasihankah kepada kita, pengguna dan rakyat marhaen ini?

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.