apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.3.11

jangan tamak

di beijing china, seorang lelaki dah beli 6.5 tan garam dengan harapan akan untung bila garam itu dapat dia jual kepada masyarakat setempat yang dalam keadaan panik akibat radiasi yang debu radioaktifnya sedang memenuhi ruang angkasa....

guo beli garam itu dengan harga rm4000 dan kini garam itu memenuhi rumah kediamannya.


menurut khabar angin, kandungan iodin dalam garam boleh menghalang kesan radiasi menembusi tubuh dan sekaligus mengelak penyakit akibatnya. khabar angin itu meningkatkan harga bahan mentah itu kerana rakyat membeli dalam keadaan panik. namun kerajaan pulak kemudiannya segera menyedarkan rakyat bahawa mereka tidak terdedah kepada bahaya, so harga garam pun jatuh lah.....

orang tamak selalu rugi, kan?

sekarang ni, guo x boleh jual garam tu semula sebab dia x de resit masa beli dulu lepas tu pulak di china, apa yang dibuat itu ialah satu kesalahan, "menyorok barang". lebih malang lagi dia jugak x boleh bawak garam tu keluar daerah, itupun satu kesalahan di sana kerana kerajaan sangat mengawal pergerakan 'salt transport'

moral of the story? jangan tamak....

aku nampak, di sana iaitu di china, cara yang kerajaan lakukan begitu melindungi rakyatnya, kan. tapi kita? kalau nak sorok? soroklah.... kalau dah sorok berbulan-bulan..... naiklah? 

hai....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.