apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.3.11

jangan guna aplikasi perisian telefon mudah alih untuk akses i-akaun kwsp

sekarang ni ada macam-macam cara orang nak menipu kita. yang lebih buat kita susah hati ialah golongan penipu ini pula ramai dari kalangan pro. orang terer dengan komputer misalnya, tipu kita dengan macam-macam berkaitan internet. 

semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan kita supaya tak tertipu, serta dilarang menggunakan aplikasi perisian telefon mudah alih yang menyediakan akses kepada i-Akaun KWSP yang dibangunkan golongan cerdik pandai komputer ni. 

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata, kewujudan aplikasi itu tidak diiktiraf KWSP dan pihaknya tidak menjamin keselamatan dan kewibawaan aplikasi tersebut.
"Kaedah yang paling selamat bagi mengakses i-Akaun adalah secara terus melalui laman web myEPF," 
jadi, kalau anda dah terguna aplikasi tu, tapi lepas tu terus tak boleh mengakses i-Akaun melalui laman web myEPF, anda dinasihatkan melaporkan mengenainya kepada Pusat Panggilan KWSP dengan segera di talian 03-89226000.

jaga duit anda. jangan bagi orang lain ambil. apa yang disimpan dalam kwsp itu kerana ia hasil titik peluh anda. ingat tu!

Untuk maklumat lanjut cara mendaftar di i-Akaun, anda layarilah laman kwsp ini
- Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.