apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.3.11

FRUST MENUNGGING...

pernah dengar orang cakap macam tu? tentulah, kan... itulah yang sering jadi rujukan bila melihat seseorang yang baru putus cinta, iya tak?
si polan tu baru clash dengan si anu. tu yang serabut aje nampaknya. tengah frust menungging tu!
begitulah lebih kurang yang diperkatakan ramai bila memandang anda yang baru putus cinta. bibir terjuih-juih tanda meluat tengok anda.
alah, macam dunia ni nak kiamat? kenapa? dah tak ada perempuan/lelaki lain dah ke dalam dunia ni?
bagi yang tidak dapat menyelami isi hati anda, tentu mereka tidak faham mengapa anda harus frust menungging. namun sesungguhnya, mengapa mesti terlalu sedih sehingga x lalu makan, x lena tidur, x boleh nak tumpukan perhatian terhadap kerja bila anda ditinggal kekasih?
bunga bukan sekuntum, kumbang tidak seekor.
andai cinta anda dan dia berkubur, perlukah anda juga mati? andai dia menemui teman baru, salahkah anda jika mencuba berkawan dengan insan lain?

ajarlah diri supaya menerima ketentuan ilahi.
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”
sukar melupakan bukan bererti tidak boleh melupakan.... jika anda mencuba, tentu anda mampu membuang segala kenangan ketika bersama si dia. toksah frust sehingga menungging-nungging. kerana, jika cintanya untuk anda dah tiada, dia pasti tidak akan kembali ke pangkuan anda.

sumber: genta rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.