apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.3.11

dugaan remaja hari ini lebih mencabar. iyakah?

percaya atau tidak cabaran dan dugaan menjadi remaja pada hari ini jauh lebih tegar berbanding  10, 20 atau 30 tahun dahulu.

dulu-dulu, apakah cabaran terbesar untuk kita? tv? radio? pusat membeli belah? games? komputer?

mana ada? sebab itulah agaknya masalah sosial tidak banyak terjadi pada waktu itu. bagaimanapun, bandingkanlah dugaan yang dihadapi masa kini. keluar rumah aje, anak2 kita dah tercabar dengan asap rokok kawan-kawannya. dengan internet yang memperkenalkan mereka kepada games, cerita-cerita di mangga. tak usah buka bab cerita lucah mahupun gambar lucah. tu belum lagi ke laman sembang yang mempertemukan kita dengan pelbagai jenis manusia.

sudah lumrah, yang baik lambat didengar, yang kurang baik cepat menghasut. di sini, ketebalan iman jadi pendinding. begitupun, timbul masalah baru. bagaimana hendak melindungi diri bila diri tidak dibekalkan dengan ilmu agama yang tebal, lengkap dan kukuh bagai konkrit? malah, yang sedia tebal imanpun ada juga yang hanyut. yang tersungkur!!

maka, akan kembali kepada fitrah yang mengatakan inilah fenomena dunia di akhir zaman. dah tersurat, ya?
camne nak elak? owhh....

2 ulasan:

  1. setuju dgn post ni...dugaan dunia akhir zaman memg mencabar..bkn tempias pada remaja je tapi kepada orang dewasa jugak...

    BalasPadam
  2. Afie, semua org sdg menghadapi dugaan2 dunia ini

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.