Langkau ke kandungan utama

dsai ni gay ke tidak? sekadar bertanya, maaf ya, dsai...

amaran: baca sampai habis naaaa.... jangan baca sekerat-sekerat nanti salah faham, susah!

siapakah lelaki gay idaman malaya? siapakah lelaki gay paling popular? mungkinkah dia si dsai kita?

aku rasa, ya, kut. ini kerana, biarpun bilangan lelaki yang gilakan kaum sejenis ini semakin meningkat di malaysia, hanya dsai sahaja, satu-satunya, yang sering mendapat liputan meluas dalam akhbar-akhbar terutama akhbar arus perdana. hari-hari....sejak 1998 lagi...

punyalah teruk dan begitu beriya-iya hendak memberi bukti, tilam diangkat ke mahkamah. ingat lagi?

bila dia dah bebas, jadi pemimpin pembangkang lepas sorang-sorang kawan jadi lawan. banyak sungguh musuh si gay ni...

lepas tu dia terperangkap lagi, kes liwat lagi... masih berlangsung walau dah bertahun... hai... tapi, yang 'hebat' tu, selera dsai ni tinggi la... at the age nak jangkau 70, dia kini rupa2 nya ada skandal dengan amoi pulak..... siap divideokan lagi! siap dipertontonkan!

punyalah datok T tu hendak 'menunjukkan kepada rakyat siapa sebenarnya dsai ini!'

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, salah seorang “Datuk T” berkata video seks menunjukkan dsai buat hubungan seks dengan seorang wanita telah diserahkan kepada polis hari ini, selepas Abdul Rahim memberikan kenyataan di Bukit Aman.
"(Video) itu boleh diperiksa oleh pakar forensik untuk melihat sama ada ia direka atau sebaliknya. Kita boleh panggil pakar-pakar, malah dari FBI (Biro Siasatan Persekutuan) di Amerika, untuk menentukan ketulenan. harap polis boleh mempercepatkan siasatan memandangkan ia penting bagi rakyat Malaysia  mengetahui “aktor” dalam video itu. jam tangan Omega, yang didakwa milik dsai, juga dah diserahkan bagi membuktikan identiti lelaki yang sebenar. Meskipun dsai tidak mengaku (memiliki jam tangan), pakar forensik boleh menentukan yang jam tangan sebagai bahan bukti penting."
Rahim disoal siasat selama lima jam sejak 5 petang tadi.

begitulah kotornya politik malaysia. macam2 cara dibuat utk memusnahkan karier politik musuh. tp yg herannya, bila melibatkan dsai aje, mesti guna kisah seks? mula homoseks lepas tu skrg dah heteroseks pulak dia...adoyai... kuatnya dsai, ya?

hentikanlah... belajar-belajarlah beristighfar! ingatlah mati! sebab kata Nabi, saw, orang yang ingat mati adalah orang yang cerdik.

kalau datuk T ingat dia cerdik buat video seks tu, silap besarlah dia....

kita ni, Allah dah pesan dalam firmannya, menyuruh menyembunyikan aib orang lain agar esok-esok, Allah tutup aib kita daripada pandangan dan pengetahuan orang lain. ini tidak! sengaja hendak mengaibkan orang. alahai, datuk T oi...

kepada wanita berhati kental, idolaku Wan Azizah, bersabarlah! Allah ada. Dia Maha Mengetahui. biarpun di dunia ini, orang-orang seperti T ini seolah-olah banyak penyokong, seolah-olah menang, agenda Allah, kita tidak tahu. bersabar dan bertawakkallah!

oh ya, aku bukan penyokong parti pembangkang, bukan juga penyokong setia dsai. cuma, berasa terpanggil untuk bersuara. kerana bagi aku, orang-orang yang bekerja di akhbar dan tv tidak adil membuat liputan. nak jaga periuk nasi, sanggup baca juga berita palsu untuk menjadi bahan dihidangkan kepada jutaan rakyat. tidakkah sedar bahawa, jika itu bahan fitnah, anda sudah dikira bersubahat? tidakkah tahu apa itu fitnah? apa balasan dosanya? atau buat-buat lupa?

islam itu cantik, sentiasa cantik. tapi.....orang bukan islam tengok keadaan orang 'melayu' yang rata-ratanya islam asyik hendak buat cerita 'pelik', tentu sahaja mereka terjuih bibir.

Ulasan

  1. saya juga bukan penyokong parti P mahupun K. tp cr K utk mjatuhkan dsai ini mbuatkan sy smp mnitiskan air mata.untuk apa dorg buat bgni skl..aduhai,saya, awak, merka n lain2 y thimpit d tgh2.seolah2 sngja mahu menutup kisah lain spy kta lupa sktika siap y baik dan sipa y jahat. klo dh bgni gya T, nmpk sgt kotor n xbwibawa. byk mna pun dorg buat, y bathil ttp klh.wallahulam

    BalasPadam
  2. Kena siasat juga untuk mengetahui kebenarannya. Kalau betul kes tu dan dibiarkan aja, nak ke jadi ikutan org. Kalau sah tak betul,ambil lah tindakan kpd siapa penabur fitnah.

    BalasPadam
  3. rasa cam kenal sape..huhu..tpi politik sekarang mmg teruk..huhu..kat dunia jelah dorg ley dpt kesengn..sok kat akhirat..merasa la dorg balasan seksa daripada allah

    BalasPadam
  4. from a distance...god is watching us, god is watching us..from a distance..tu yang tak tau takut tu..

    BalasPadam
  5. betul tu..kenapa la politik malaysia ni nak bangkitkan isu-isu aib orang lain..
    hancurlah malaysia satu hari nanti kalau pimpinan kita terus kacau bilau macam ni..

    dalam Al-quran juga pernah tertulis..
    Lantiklah pemimpin dikalangan kamu yakni orang Islam...jika tidak nescaya binasalah kerajaanmu...

    Wallahualam...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…