Langkau ke kandungan utama

dok selak kain orang, takut kain sendiri lucut..fuyoo, dapat tengok free show!

aku tertarik dengan tulisan dr maza.

tentang apa? owh, isu hangat politik malaysia. apa lagi? kes video seks tu laa...


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu semua pihak tidak kira ideologi politik agar menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan “kebencian rakyat” terhadap “politik lucah dan kotor.”

Katanya, semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini.

Tokoh agama muda ini memberikan pendirian tegas ini ketika negara berhadapan dengan skandal pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) melanggan pelacur asing di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.

Rakaman itu didedahkan oleh tiga “Datuk T” kepada wakil media Isnin lalu dan kemudian kepada beberapa pemimpin politik.



“Kita menentang politik lucah dan politik selak kain,” kata Asri dalam satu kenyataan hari ini.

Ini bukan kali pertama negara berhadapan dengan politik seks dan politik lucah.

Akhir 2007, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang kini merupakan Presiden MCA meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan skandal seks yang rakaman aksi seks turut didedahkan kepada umum. Pada 1994, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meletakkan jawatannya ekoran tuduhan merogol pelajar bawah umur. Pada 1988, bekas setiausaha agung MIC D. P. Vijandran meletakkan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat ekoran pendedahan 11 pita video seks yang disimpan di rumahnya. 

Dalam satu kenyataan berasingan kelmarin, Asri meminta rakyat mengusir pemimpin-pemimpin politik yang suka “menyelak kain” pemimpin politik lain.

“Media yang menggalakkan fitnah atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, ahli-ahli politik yang rakyat mahukan ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. “Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri,” katanya lagi.

Oleh itu tegas beliau, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

aku? dah lama jaga tepi kain sendiri. tapi geram punya pasai, kdg x tahan jugak. mesti nak menyibuk. 

sumber: resepirahsiaku

boleh baca kat sini kalau nak tau apa kisahnya...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…