Langkau ke kandungan utama

cintamu cintaku satu


kegembiraan seorang penulis tentunya bila novelnya bakal terbit. bahagia sungguh rasanya saat itu. aku x terkecuali.

menanti fajar pakeer menilai dan bersetuju menerbitkan ccs, memang mendebarkan. tak sabar menunggu reaksi kawan-kawan. suka atau sebaliknya.

actually aku risau juga kerana persaingan tentunya sengit. maklum bulan april ini banyak novel best kuar. antaranya dari kengkawan p2u tentulah yang dinantikan, maid dan pilihan mama dari kaki novel... uwaaa..... tu belum lagi syamnurieszmil punya, terlanjur mencintaimu...

tapi.....

aku serahkan pada allah...rezekinya luas, kan?

kepada zue epy, sinopsis yang anda tulis telah terpilih menghiasi kulit novel cintamu cintaku satu. jadi.. ini ada surprise untuk anda yang pernah kak sofi janjikan dulu.

zue epy....


tolong hantar alamat penuh yang lengkap, ya... kak sofi hadiahkan novel cintamu cintaku satu percuma untuk anda. jangan lupa..... 

Taufik Azhari
Nurul Hana..lelah  aku mengejar  bayangmu..pandang pertama membuat aku nanar mencari si bidadari. Pesonamu memukau pandangan, pilu airmukamu sentiasa segar di ingatan sehingga memadamkan sinisnya pertuturanmu. Bagaikan satu sumpahan  aku terus mancari siapakah dirimu...Lalu kusematkan tekad di hati engkau akan kumiliki dan hanya aku yang berhak menjadi pemilik sekeping hati milikmu. 

Nurul Hana
Kerana kasihku terhadap Irfan, apakah aku  wajar dijadikan cagaran. Perlukah aku membuat perngorbanan sebesar ini. Sudah berulang kali ku katakan tiada cinta di hati untuk mu, lalu bahasa apa lagi harusku lafazkan agar kau bisa mengerti. Taufik Azhari, engkau terlalu bijak mengambil kesempatan  dalam kesempitan sehingga aku tidak punya pilihan 
semuanya untuk anda....

Ulasan

  1. heheehee..
    tQ
    kak sofi...
    :)
    *nk ssign kt buku tu bole x?
    -demand la plak

    BalasPadam
  2. Best nye dh nk kluar nvl ni
    pelaburan wajib bln april
    Suke2..
    Tahniah cg sofi:)

    BalasPadam
  3. Best nye dh nk kluar nvl ni
    pelaburan wajib bln april
    Suke2..
    Tahniah cg sofi:)

    BalasPadam
  4. kak ana??? bila buku beada d pasa malam??? hahaha.... i tak sabar nak baca.. sudah sekian lama kau menunggu kemunculannya di muka buku...
    mesti best sgt2 kan.. harap2 lagi best dari novel TMKH... hopefully..
    ala kak.. jgn risau... novel aka tetap memberi saingan yg sangat sengit...
    tapi rezeki d tangan tuhan.. kita hanya mampu melakukan yang terbaek.. al the best to you kak ana..
    and..

    congratulations!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  5. salam...
    wah, byk nya nvl best nk kluar....
    xsbr nk bli sume....

    BalasPadam
  6. @korro suffianthanx dik, atas sokongan...soon ...very soon

    BalasPadam
  7. yeyeye...dah nak klr bln ni...
    memang dinanti2kan...
    tahniah kak

    BalasPadam
  8. cikgu sofi, tak kira bape byk pun buku yg kuar, buku ni tetap akan digrab. harap2 publisher ada copy yang cukup. double thumb up. cover kali ni menarik. hari pertama pesta buku dah ada kan. thn lepas lmbt sikit buku TMK kuar.

    BalasPadam
  9. @Anonymous

    insyaallah ccs akan ada nanti. sila ikuti perkembangan di fb fajar pakeer, ya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…