Langkau ke kandungan utama

cinta wanita dan kasih ibu. mana lebih penting?

kalau andalah seorang lelaki, bercinta, namun wanita pilihan tidak disukai ibu anda, apakah anda akan meneruskan percintaan dengan gadis tersebut? anda akan teruskan perhubungan walaupun anda tahu hubungan itu tidak akan ke mana-mana kerana tanpa restu ibu anda, anda pasti tidak akan mengahwini si dia?

perkahwinan tanpa restu ibu dan ayah tidak akan bahagia. ramai yang mengatakan begitu. terutama jika yang menentang ialah keluarga sebelah lelaki. lagilah.... anak lelaki harus mengutamakan ibunya melebihi mana-mana perempuan lain di dalam dunia ini. sekuat manapun cintanya terhadap seorang gadis, kasih sayangnya tidak boleh mngatasi kasih sayangnya kepada ibu.

nabi, saw, pernah ditanya,
siapakah yang harus aku hormati, ya rasulullah...
jawab nabi,
ibumu...... (3 kali disebut barulah nabi saw menyambung,
kemudian barulah ayahmu.
percintaan memang indah. cinta ialah satu anugerah namun jangan sampai cinta itu melalaikan rasa tanggungjawab anda wahai lelaki, kepada ibu anda. isteri boleh bertukar-tukar, tapi ibu hanya seorang. kalau dari awal lagi, bakal isteri tidak dapat menunjukkan kemesraannya kepada ibu anda....

buatlah apa yang patut!!!!

Ulasan

  1. huhu..
    tpikan ckgu sofi in case of kalo kluarga pompuan lak yg x bley trma laki tu cmne..
    ape yg perlu pompuan tu buat..
    kdg2 kta kena taat kat parents but dlm masa yg sma kita nk jgak crik kebhgiaan kta..cmne tu?
    tlg jwbkan..
    hehe..
    dlm dilema ni..

    BalasPadam
  2. @Anonymous

    Anon, hati2 manusia ni Allah yg pegang. hati mak ayah kita pn Allah pegang. keep on dua.kalau Allah redha, insyaAllah mak ayah pun redha.
    kalau dah istikharah+hajat+tahajjud pun journey still tak smooth, don't go on dgn lelaki tu. maybe Allah nak hadirkan kita dgn org yg lg baik.
    happiness are not to be found, happiness is one of the positive thing you attract by the person you become. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…