Langkau ke kandungan utama

cinta kasihnya satu - hanya milik roseyatimah...

mustapha maarof
aku mengkaguminya. dia satu antara ramai lelaki yang tulus cinta dan kasih terhadap isteri. sukar mencari lelaki seperti dirinya. sukar sekali....

dialah mustapha maarof, hero handsome cathay keris, suatu waktu dahulu. suaranya sedap dan melihat orangnya, kita dapat melihat kelembutan perwatakannya. 


cinta kasihnya terhadap allahyarhamah roseyatimah sememangnya tidak bersempadan. biarpun ajal dan maut memisahkan mereka sejak 14 Disember 1987, namun perasaan itu memang tidak pernah surut di hatinya.


Roseyatimah menjejakkan kaki ke Keris Film di Singapura sekitar tahun 1955 dan kerjaya seninya bermula dengan filem Pendekar Bujang Lapok.

"Ketika itu saya lihat arwah orangnya memang lemah lembut, sopan dan cukup menghormati orang lain. Namun Rose bukan senang untuk diperisterikan. Sebab itu, biarpun maut memisahkan kami, tetapi bagi saya Rose sentiasa hidup di hati ini. Tawa manisnya, suara manjanya sesekali terngiang-ngiang di telinga saya." 
aduhai..romantisnya....
"Sehingga kini memori hidup bersama arwah memang sukar   dilupakan. Semakin lama arwah pergi, semakin dekat arwah di hati ini. Kasih sayang yang dicurahkan oleh arwah terhadap keluarga memang tiada galang gantinya. Kadang-kadang saya rasa arwah bagaikan bersama kami, walaupun hakikatnya arwah sudah lama pergi." 
makk... meleleh air mata ini. apakah suamiku nanti juga akan begitu? mengingatiku?
"Sampai saat ini saya tidak boleh lupa cara dia menjaga anak-anak dan lazatnya masakan dia sehingga kini masih terasa. Arwah tahu saya suka makan makanan yang masih panas. Kalau saya ada di rumah dia akan masak pelbagai jenis lauk pauk untuk kami anak-beranak makan. Masakannya yang paling saya suka ialah asam pedas dan paru masak rempah. Satu sikap dia yang saya suka, untuk menjadi isteri yang baik dia sanggup membuat pelbagai hiasan rumah dan memasak. Buku resipinya beratus-ratus dan saya masih simpan hingga hari ini."
siapa kata lelaki tidak mampu mendewasakan anaknya sendiri selepas kematian isteri? dato' mustapha maarof sudah membuktikannya. itu adalah bukti bahawa lelaki juga mampu menjadi pencinta yang setia, kan? 

sumber: utusan

Ulasan

  1. Nice sharing, tabik kat Datuk Mustapha Maarof... Alfatihah buat Arwah.

    BalasPadam
  2. betul tu, sukarnya nak cari lelaki macam tu... hope bakal hubby saya pun cam tu menyayangi diriku biarpun teiah tiada di muka bumi ini amin....

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…