Langkau ke kandungan utama

cikgu tampar pipi murid, masuk harian metro..huhu..

SAKIT... mangsa menunjukkan bagaimana guru didakwa menampar muka mereka.
situasi: 5 orang pelajar tingkatan satu ni, kesemuanya budak cina, ponteng kelas kemahiran hidup. alasan? terlalu penat sebab datang ke aktiviti ko kurikulum, pada sebelah pagi. 

kesan: guru muda yang angin satu badan bila anak murid ponteng kelas telah mengambil tindakan sendiri lalu menampar bebudak lima orang ni di hadapan khalayak.

akibat: mereka malu hendak ke sekolah dan buat laporan di media massa. 

kisahnya.....

PORT DICKSON: Hanya kerana dikesan ponteng kelas, lima pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sini, mendakwa terpaksa menanggung malu apabila ditampar oleh guru mereka di depan rakan lain, baru-baru ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Rabu lalu, semua pelajar perempuan berusia 13 tahun iaitu Cheok Lai Jun, Liew Jia Kei, Choo Je Yan, Sua Hui Yi dan Yong Poi Xia yang berlainan kelas dikatakan dipanggil oleh guru wanita berusia lingkungan 20-an.

Sejurus berkumpul di dalam sebuah kelas, pelajar sesi petang itu dikatakan diarah guru berkenaan supaya beratur dan menampar pipi kiri mereka di depan beberapa pelajar lain.

Menceritakan kejadian itu, Je Yan berkata, mereka berlima tidak menyertai pelajar lain pergi ke bengkel kemahiran hidup berikutan terlalu letih kerana menyertai program kokurikulum pada sebelah pagi.

“Kira-kira jam 4 petang itu, kami bagaimanapun tidak keluar dari kawasan sekolah dan hanya berehat di kelas. Sejam kemudian, guru yang turut mengajar mata pelajaran Sejarah pada ketika itu memanggil kami dan bertanya mengapa kami tidak pergi ke bengkel.
Kami memberitahu kerana terlalu letih namun dia tidak dapat menerima alasan itu lalu menampar muka kami,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, ibunya, Tan Sew Eng, 40, dan dua lagi rakannya, Lai Jun dan Jia Kei. Menurut Je Yan yang mewakili semua rakannya, emosi mereka terganggu dengan kejadian itu kerana terpaksa menanggung malu dengan rakan pelajar lain.

Sementara itu, Sew Eng berkata, beliau tidak dapat menerima tindakan guru berkenaan yang dianggap keterlaluan.

“Saya tahu dia (anak) memang bersalah tetapi mengapa guru menampar muka mereka di depan pelajar lain? Saya tidak akan mempertikaikan tindakannya jika dia merotan tangan atau anggota badan lain kurang tidak sensitif,” katanya.

Menurutnya, dia akan membuat laporan rasmi kepada Jabatan Pelajaran negeri dan Kementerian Pelajaran supaya guru terbabit dikenakan tindakan sewajarnya.
...........................
apa pandangan aku sebagai guru lama? 

owhh..... aku pernah buat lebih teruk lagi hehe..tapi iyalah, murid zaman dulu tak macam budak sekarang. murid dolu-dolu.... termasuklah aku..kan... mana berani nak beritahu mak bapak kalau buat silap dalam kelas. nak mampus? bapak aku tambah rotan lagi, adalah.. emak? semakin panjanglah leterannya. sebab itu agaknya, generasi terdahulu respek kat cikgu... emak bapak, tidak pernah menangkan anak-anak, jauh sekali hendak pergi ke harian metro/ tv3 untuk buat laporan.

ponteng kelas itu dah sah-sah salah besar di sudut disiplin sekolah. 

Ponteng Kelas
a. Guru akan memastikan jumlah kedatangan di dalam kelas dicatat setiap pagi.
b. Guru matapelajaran akan mencatat nama pelajar yang didapati tidak ada sewaktu mata pelajaran akan  dimulakan.
c. Guru kelas akan melaporkan kes pelajar yang kerap ponteng kelas kepada Penolong Kanan (HEM) atau Guru Disiplin.
d. Kedatangan pelajar akan dihantar kepada Guru Besar atau Penolong Kanan (HEM) pada waktu pertama dan akhir waktu persekolahan.
e. Pengetua atau Penolong Kanan (HEM) akan mengenakan tindakan terhadap pelajar yang ponteng kelas dan membuat aduan kepada ibu bapa pelajar.
 
tu prosedurnya, tapi salahkah kalau guru terlebih emo? lalu menampar? salahkah? 

masyarakat sekarang lebih takut diserang oleh ibubapa berbanding dengan membela nasib guru yang emo tadi. kononnya, cikgu tak berhak menampar, memukul...kerja cikgu hanya mengajar. sebab itu kementerian ditukar kepada kementerian pelajaran bukan kementerian pendidikan. mendidik dan mengajar adalah dua perkara berbeza. rujuk kamus dewan untuk mengetahuinya. alasan penat datang buat aktiviti ko-ku....memang tak masuk akal. budak-budak kenal ke istilah penat? tengok anak-anak kita, tahu ke mereka duduk diam? nonsense alasan tu... pukul 8 buat aktiviti, pukul 4 petang...masih letih? hmm... 

sajalah...kesian kat cikgu tu..malang sungguh nasibmu. kadang-kadang, inilah yang menurunkan semangat jitu seorang guru. sudahlah kini generasi muda yang betul-betul mahu menjadi guru dalam ertikata sebenar boleh dibilang dengan jari, kalaulah nanti, kerana budak biadap berlima itu diterima laporannya.... entahlah...hilanglah seorang guru yang mahu membentuk masyarakat!!

ibubapa, usahlah percaya dan dengar sangat cakap anak-anak anda. hari ini, anda membela satu kesalahan dibuat leh mereka, satu hari.... anda sendiri akan dipersalahkan, percayalah!! 

wahai guru, jangan patah semangat. memang anda pun sebenarnya silap kerana bertindak sendirian, tapi jadikan ini iktibar. guru adalah guru... walau cuba pejamkan mata kepada kesalahan anak murid, namun jiwa tetap meronta untuk sentiasa membetulkan segala kesilapan. 

sofi? owhh, aku pernah kejar anak murid keliling sekolah hanya kerana dia sebut.... "cikgu, saya tamo tulis!" hehe...geli hati pulak bila mengenanginya. penat aku berlari (masa tu, umur lewat 20 an..) dan kini anak murid aku tu jual cendol kat pekan kulim. yang best tu, dulu, bila aku ke gerai cendolnya yang sedap, dia kenal aku lagi. katanya...

"Orang tamo sekolah, jadi bodoh, kena jual cendol, kan cikgu?" 

sedih pulak hati aku.... kenapa? sebab itu ayat aku untuk dia. sob..sob...






Ulasan

  1. hehe..sebab tu budak sekarang manja yang amat sangat..sentuh sikit pun tak boleh..

    BalasPadam
  2. Cg.Sofi, hukuman ponteng(kls/sklh) sama ke utk smua? Ikut hukuman under unit disiplin kpm ye? Sblm ni x nk amik tau. Bila dh kena buat isu ponteng ni bru t'fikir.

    BalasPadam
  3. dicubit, dirotan, tmpar semua tu biasa la. xde la smpi trlntar kat hospital.bnda 2 kdg2 brguna sbb kt akn ingt smpi bl2 n xbrani nk ulangi ksilapan 2...
    wah...tringt kna cubit dgn ckgu BM ms sek menengh sbb xdpt jwb soklan...sape sruh mls bc...sakit2...hehe

    BalasPadam
  4. salam kak..selama ni jadi silent reader akak jer...tapi hari ni terpanggil plak untuk bagi komen sama sebab saya pun antara guru baru...;)...situasi saya pun macam akak dulu...kalau kena rotan @ cubit kat sekolah, balik tak kan bagitahu parents punya sebab mesti kena lagi kat umah...tapi situasi skrg tak sama macam dulu...berbalik pada kisah tadi, saya sebagai guru baru pun takut jadinya...dulu punya lah semangat nak jadi guru sebab nak mendidik anak bangsa...setelah jadi guru ni pendapat saya berbeza...bagi saya guru yang paling berisiko untuk disaman...mana taknya, bl sentuh pelajar jer mak ayah datang sekolah...bab keluarga pelajar saman guru dah perkara biasa dah zaman sekarang...kadang-kadang saya pun emo gak mana taknya tahap kesabaran kita diuji..sampai kekadang saya rasa guru ni setakat mengajar jew lah...lantak ko lah pelajar nak faham ke idak...tapi bila tak faham pelajaran salah kan cikgu plak...tapi bila pelajar tidak faham budi bahasa nak salahkan siapa plak?...ni pendapat saya jew lah...;)

    BalasPadam
  5. @cikgufaezah

    mmg pun, makin susah nak diajar bebudak ni..dapat pulak mak pak yg x faham...payahhh

    BalasPadam
  6. @iffahnazifa

    sama aje di kesemua sekolah prosedurnya spt yg tercatat tu tapi, kadang2 bila kesabaran diuji...
    mmg payah nak sabar

    BalasPadam
  7. @Anonymous

    cikgu bukan sengaja aje nak tampar ke hapa... tp kl melebih sangat.. camne? xkan nak biarkan aje...

    BalasPadam
  8. @Anonymous
    malangnya ibubapa sekarang ni lain sikapnya, anak2 mereka x boleh dijentik sama sekali... kesian budak2 tu buat salah, tp x ditegur bukankah menyesatkan?

    BalasPadam
  9. @syAShiD
    tahniah.. selamat memasuki era perguruan yg amat mencabar di zaman ini. kak sofi mengaku, mmg kita masih terikat dgn segala mcm kekangan dan ketakutan tp...kak sofi x pernah peduli pd akta dan undang2 yg manusia buat. bg kak sofi, kl budak tu salah, mmg aku kerjakan dia, hehe... dgn mulut, dgn tangan... mmg ramai yg anggap kak sofi ni cikgu yg garang walau suara jarang meninggi di dlm kelas.. tp, kl kak sofi ter buat silap ngn murid, kak sofi x malu mengaku kesalahn. alhamdulillah, setakat ini nampaknya ok ajelah... harap sampai pencen nnt pun oklah jugak..hehe

    BalasPadam
  10. tidak salah jika murid itu didenda. TAPI MENAMPAR INI PULA LAIN CERITA.

    BalasPadam
  11. saya setuju jika murid itu didenda TAPI BUKAN DITAMPAR. ADA TAK GURU DIAJAR DI MAKTAB PERGURUAN UNTUK MENAMPAR JIKA PONTENG? ADA TAK?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya saye pon pernah ditampar cikgu saye. Umur dah 42 masih ingah name cikgu tu sebab. Cikgu selulu cover cikgu tapi hakikat sampai sekarang kes cikgu tampar murid. hai cikgu bukan semue cikgu mcn tu tapi segelintir hai cikgu jgn nak di nafikan

      Padam
    2. Ya saye pon pernah ditampar cikgu saye. Umur dah 42 masih ingah name cikgu tu sebab. Cikgu selulu cover cikgu tapi hakikat sampai sekarang kes cikgu tampar murid. hai cikgu bukan semue cikgu mcn tu tapi segelintir hai cikgu jgn nak di nafikan

      Padam
    3. Ya saye pon pernah ditampar cikgu saye. Umur dah 42 masih ingah name cikgu tu sebab. Cikgu selulu cover cikgu tapi hakikat sampai sekarang kes cikgu tampar murid. hai cikgu bukan semue cikgu mcn tu tapi segelintir hai cikgu jgn nak di nafikan

      Padam
    4. Ya saye setuju dulu pon.pernah.lalui hai cikgu...

      Padam
    5. hai cikgu kalau ank cikgu megadu di tampar ape cikgu ok ke...

      Padam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…